Tapi kenapa seramai 40 orang anggota polis telah dihantar untuk menahan beliau? Ganas sangatkah beliau sehingga 40 orang anggota polis telah dikerahkan?
Atau ini adalah untuk mencemarkan imej beliau sekaligus menakut-nakutkan beliau?
Ya lah.. Kan sudah ada ura-ura dari beliau untuk menceburi bidang politik.. kalau beliau mengatakan "SAYA AKAN MENYERTAI UMNO" Keadaan pasti akan menjadi sebaliknya pula..
Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.
Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.
Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.
Sungguhpun begitu,Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu,berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.
Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.
Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.
Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.
HarakahDaily.
