Thursday, November 19, 2009

Kalaulah dalam PKR kena macam ni.. mmm

Walaupun telah dipecat atau digugurkan dari Jawatankuasa pusat (CC) MCA mereka masih ada perasaan sayang kepada Parti. Mereka masih ada sifat ingin membetulkan hala tuju Parti.

Kalaulah perkara ini terjadi kepada Ahli-Ahli PKR yang ada jawatan tu.. mmm Aku pasti hari ini digugurkan esok dah buat Press Conference, Press Conference memburuk-burukkan sesiapa saja yang disyaki terlibat dengan pemecatan mereka, silap-silap dengan DSAI sekali depa hentam.

Kan dah terbukti satu masa dulu.. Ada yang digugurkan dari jawatan Ahli Majlis, sakit hati punya pasal kerana hilang Title Ahli Majlis terus buat press conference siap kata "Saya ada bukti kukuh yang menunjukkan ada beberapa orang pemimpin PKR mengambil rasuah.. siap panggil TV3 dan Utusan Malaysia lagi.. sebelum tu dialah yang dok jerit "Kita Boikot TV3 dan Utusan!!

Yang tak dapat Jadi YDP Majlis Perbandaran tu lagi teruk.. siap kata kawan-kawan dia dalam kelompok Ahli Majlis tu Kaldai!! Kalau dipecat dari Ahli Majlis mmm jadi macam mana agaknya?

Itu yang tak dapat dan kehilangan jawatan tu.. Walaupun sebelum ini depa dok kata "Dalam PKR kita tidak akan memperjuangkan kepentingan peribadi! Kita akan perjuangkan dan membela nasib rakyat! tapi bila hilang jawatan terus melompat..

Yang tak dapat projek dari pemimpin yang ada jawatan dalam Kerajaan Negeri satu masa dulu pulak lagi teruk.. siap set-up Blog lagi.. Blog yang digunakan untuk menyebarkan cerita-cerita tentang keburukkan pemimpin masa tu..

Tak malu ka hangpa kat depa dibawah ni..



Dalam keadaan sebak, Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun merayu kepada semua perwakilan parti itu supaya menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 28 November ini untuk mendesak supaya diadakan pemilihan baru parti.

Bercakap dalam sidang akhbar sejurus selepas mereka digugurkan dari majlis presiden MCA, mereka berkata, kehadiran penuh perwakilan di EGM tersebut adalah penting untuk memulihkan demokrasi dalam parti itu.

Sidang akhbar itu bermula dengan naib presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata hati kumpulan tersebut 'terluka' ekoran pengguguran sembilan anggota majlis tersebut.

Beliau menyifatkan tindakan MCA 'membuang" ketua Pemuda dan Wanitanya sebagai satu tindakan yang tidak boleh dimaafkan lagi.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails