"Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman. Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini."
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Baru baru ini saya dijemput Ketua Penerangan PAS Selangor Saudara Roslan Shahir Mohd Shahir @ Roslan SMS untuk menghadiri majlis dailog ulung kali Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr.Hassan bin Haji Ali bertempat dikediaman beliau berdepan Masjid Al Ghufran d Pinggir Taman Tun Dr.Ismail.
Turut hadir bersama saya pada malam itu adalah Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, seorang ahli Muslim Bloggers Alliance.
Saya lah yang memanjangkan jemputan kepada beliau diatas permintaan Saudara Roslan SMS untuk saya menjemput sama ahli ahli MBA.
Tidak timbul soal bahawa Akhramsyah adalah Ketua Pemuda Cawangan UMNO Bendang Baru, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.
Bukannya Roslan SMS atau Dato Dr Hassan Ali yang menjemput Akhramsyah secara terus.
Sebenarnya tuan rumah @ Dato Dr Hassan Hj Ali telah meminta supaya kami yang hadir dimalam itu memegang amanahnya supaya tidak menghebahkan kepada umum akan isi kandungan beberapa perkara sulit yang beliau terpaksa ceritakan kepada kami akan usaha pihak pihak tertentu didalam pentadbiran kerajaan negeri untuk mengujudkan beberapa daerah dinegeri Selangor Darul Ehsan dimana ada perancangan yang bertentangan dengan ajaran Ad Deenullah.
Beliau adalah satu satunya penghalang kepada cita cita pihak pihak begitu dan tujuan beliau mendedahkan kepada kami yang hadir malam itu hanyalah supaya pihak penulis blog seperti kami faham akan apa sebenarnya kedudukan suara Islam didalam kerajaan negeri dimana beliau memikul tanggungjawab memantau akan segala perkara itu.
Seboleh mungkin saya tidak mahu melanggar amanah yang beliau letakkan pada kami tetapi ada satu perkara yang mengejutkan saya dan juga para bloggers yang hadir pada malam itu!
Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.
Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.
Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.
Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!
Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.
Memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa adanya peraturan seperti itu diwajibkan oleh PAS!
Memang brutal tetapi ternyata amat berkesan sekali!!!
Ibrahim Ali memang tak ada peluang le nak masuk PAS sampai bila bila! Hehehehe...
Hebat sungguh strategi PAS ini.
Saya rasa memang perkara ini akan dikaji oleh kesekelian parti politik dunia selepas pendedahan ini untuk memaksa dan memastikan tak adanya wakil wakil mereka yang berani nak belot selepas menang!
Walaupun untuk mengisytiharkan diri sebagai calon bebas!
Saya memang bersetuju dengan cara ini!
Kamu lompat parti?
Tertalak tiga lah kamu dari isteri kamu!
( Ikut hukum Islam memang tak elok tetapi dah begini cara sisayah duniawi manusia manusia yang kemaruk berpolitik! Nak buat macamana?)
Saya kurang pasti akan peruntukan untuk calon wanita?
Minta cerai fasakh dari suami masing masing, kot? Na'uzubillahiminzalik! :(
Teringat saya akan pengkhianatan 3 wakil rakyat di Perak tempohari!
Saya memang tak setuju cara mereka mengkhianati parti masing masing.
2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP!
Sepatutnya mereka dipecat dari jawatan masing masing dan pilihanraya negeri di adakan di Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itu baru adil namanya.
Ini tidak! Sampai ke hari ini masih ada keadaan huru hara akibat kerajaan mi segera disana!
Tetapi inilah satu satunya perkara yang paling mengejutkan saya dimalam majlis dailog Dato Dr Hassan Ali dan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dengan kami, bloggers yang hadir. Tentang kewajipan lafaz cerai taklik ini! Menggerunkan sekali!
Saya ada rakaman audio lengkap pada majlis itu tetapi masih menunggu lampu hijau dari Roslan SMS dan Dato Dr Hassan Ali untuk menyiarkannya di akaun Youtube saya.
Mereka termasuk seorang sahabat saya yang merupakan diantara pimpinan tertinggi PAS memohon saya agar jangan menyiarkan rakaman tersebut buat masa ini.
Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku selepas ini.
Bawa bersabar didalam menangani masaalah masaalah yang timbul dan lebihkan fikir dan zikir dari melatah mengikut nafsu dan terlibat dengan adu domba serta kata mengata.
Tak elok untuk kita semua.
Dosa dosa kita yang sedia ada pun tak tertanggung ; sanggupkah kita menambah beban di pundak kepala masing masing?
Bawa bertenang sebagai umat Islam dan pertimbangkan kebenaran sesuatu perkara sebelum berkata apa apa, Insya Allah.
Nak meruntuhkan perpaduan ummah tu senang saja ; nak membina ukhuwwah Islamiyyah tu yang agak payah.
Fikir fikir lah kata kata saya ini wahai saudara saudariku yang tercinta. :)
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala membimbing kita semua, Insya Allah!
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
MAHAGURU58
Sunday, November 1, 2009
Ini rahsianya kenapa Calon PAS tidak pernah melompat Parti!!
Ini rahsianya kenapa Calon PAS tidak pernah melompat Parti!!
2009-11-01T02:32:00+08:00
Anak Sungai Derhaka
Around the Blogs|PAS|
Archive
-
▼
2009
(757)
-
▼
November
(138)
- Ishh!! Dah Nyanyuk apa orang tua ni?
- Gambar : Beruk-beruk berdemo dan membakar foto Lim...
- Wahai sahabat-sahabatku!! marilah kita Aminkan doa...
- Maka bersuaralah Syaitan-Syaitan yang bisu pabila ...
- PPP arah Murugiah lepaskan jawatan Timbalan Menter...
- Kes Duit Haram : Mohamad Hasan akan ditendang turu...
- Kerajaan Pulau Pinang Haram BTN
- Aku ingin pulang!.. Chin Peng
- Perda, Jangan Tindas Penduduk Miskin
- Mahadet membazir RM100 Billion semasa jadi PM
- Parpukari Blogger UMNO yang DESPERATE?
- Lim Kit Siang :TUTUP Biro Tata Negara!
- Mohamad Hasan memindahkan wang tapi Penggurup wang...
- Besarnya Istana ADUN BN!
- Perjuangkan RAKYAT bukan KAUM!!
- KHUTBAH AL-WIDA’ (Khutbah Perpisahan) - Bahagian ...
- KHUTBAH AL-WIDA’ (Khutbah Perpisahan) - Bahagian ...
- KHUTBAH AL-WIDA’ (Khutbah Perpisahan) - Bahagian ...
- KHUTBAH AL-WIDA’ (Khutbah Perpisahan) - Bahagian ...
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Ceh!! Muhyiddin kata Biro Tata Negara Berniat baik...
- Moga awan mendung berlalu....
- MB Selangor akan dijatuhkan!
- Rais! kalau nak kata kat orang Melayu.. cermin dir...
- DSAI menang saman RM100 Juta terhadap NST!!
- Raja Petra bersembunyi di Melbourne?
- Artikel asal Blog pro UMNO yang memfitnah DSAI taw...
- Kota Siputeh : Sayap UMNO berjaya menangguhkan PRK...
- SPRM sedang siasat seorang Timb. Menteri dan seora...
- Sah!! MCA dah jadi Malay Controlled Assosiation!
- Bila dengar Mukhriz nak dicalonkan.. Terhegeh-hege...
- Isu menantu Nik Aziz ibarat luka perlu diubati seg...
- MCA dah jadi Malay Controlled Assosiation?
- Ariffahmi diarah letak jawatan demi kebaikan parti...
- Rayuan Sayap UMNO gagal!! PRK DUN Kota Siputih bak...
- TG Nik Aziz arah Ariffahmi letak jawatan!
- Nasharuddin dikejar ke IJN..
- Kerana protes Pemuda UMNO Johor, Polis membatalkan...
- DUN Kota Siputeh, Kubu tak kuat UMNO
- Monsoon Cup Datang lagi... dan kita pun membazir l...
- Ustaz-ustaz UMNO membisu bila Najib luluskan lesen...
- Beng Hock Dibedah Siasat, Pornthip Diekori geng ja...
- Husam patut tinggalkan PAS?
- Dwi-Parti Hanya Akan Berjaya Jika PR Tonjol Pentad...
- Mahadet menyeru Umat Islam kembali kepada Al Quran...
- SELAMATKAN WANG RAKYAT TERENGGANU!
- Muhyidin Yasin antara yang disaman RM105 Juta..
- Nazim Razak terbabit dengan penarikan balik akuan ...
- Lagi Ahli UMNO ditahan kerana RASUAH!!
- UMNO harap tiada PRK di Kota Siputeh.. mmm.. takut...
- Kita kritik sahabat kita lebih teruk dari kita kri...
- Ketua Polis Negara tak tahu kenyataan BALA dirakam...
- PAS: Jangan abai bukan Melayu jika mahu Pakatan ke...
- TG Nik Aziz antara 500 Tokoh Islam paling berpenga...
- Proses MEMPERBODOHKAN orang Melayu
- Perang keatas Najib... Sayap UMNO dah mula bertind...
- Pesanan buat Wakil Rakyat.
- Ketuai Pakatan: TG Nik Aziz anggap isu ‘belum masa...
- Seorang lagi ditahan kerana "Bini Puaka"
- Kalaulah dalam PKR kena macam ni.. mmm
- Jadi Lawyer BALA pun dapat bala?
- Kerana Isteri kedua.. Noh Omar mungkin gugur dari ...
- TAHNIAH Najib!! Indeks Rasuah Malaysia Turun.. er...
- Woit Dato Seri!! Perang apa macam ni?
- PAKATAN!! Hendak ke Putrajaya atau tersungkur di p...
- TG Nik Aziz sebagai “spiritual leader” Pakatan Rak...
- Ong Tee Keat pun ada skandal seks?
- ehh!! Kalau dah kuat buat apa merayu?
- RM2.00 untuk Tok Guru ke Mekah
- SPR merayu penanguhan keputusan bagi pihak UMNO?
- Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong!
- Ramai ni saja?.. Sudahlah Yeop!!.. jangan sibuk pa...
- Najib datang sentuh, kita lesing dia !!
- Ramai ni saja?.. Sudahlah Yeop!! Jangan sibuk deng...
- Gambar : Sekitar Konvenvensyen KeAdilan Perak
- Konvensyen PKR Perak.. Dah terhantuk.. baru ternga...
- Rombakan Peringkat Negeri, PKR Pulau Pinang Makin ...
- Keadilan pun boleh dibeli dinegaraku ini...
- Mana Ketua Pemuda UMNO yang memfitnah DSAI ada RM3...
- Patutlah Khir Toyo ni kaya...
- Video Clip : Pengakuan BALA yang mungkin akan memb...
- BN Menang, Kedah Senang?.. Pala hotak hang!
- BALA sudah datang membawa bala buat Najib!
- PAKATAN menuju PUTRAJAYA!! Realiti atau Fantasi?
- Berita gembira buat Rosmah!!
- Payahnya Bila Atap Nak Jadi Tiang, Tiang Nak Jadi ...
- YB Zul dan Sivarasa berdamai...
- Tanah hilang, rumah tak dapat.. UMNO punya kerja.....
- Kerusi di Stadium Bukit Jalil berharga RM500 sebua...
- Depa kata... Dr. Asri akan menyertai UMNO!!
- DSAI ada RM3Billion!!... sah fitnah dari pencacai ...
- Raja Petra lepas dari tuduhan.. "Ceh! Buat Malu sa...
- PKR tidak memperjuangkan Islam??? Alahai YB Zul.. ...
- Kenyataan Akhbar YB Zulkifli Nordin.
- Tikam Isteri : Kenapa logo BN pada payung dipadam?...
- Amaran DSAI dituju kepada Zulkifli Nordin?
- Polis mempunyai foto Najib bersama Altantuya.
- Backdrop Konvensyen PKR Penang.. apa yang tak kena...
- Gambar : Konvensyen KeAdilan Pulau Pinang...
- Keluar dari PKR kalau tak boleh ikut dasar PKR!!!
- PAS! Realisasikanlah Resolusi..
- UMNO melopong lagi!
- PAS perlu bersikap terbuka.. jangan semua dipersal...
- Najib perbodoh PM lalu dan balas dendam kepada rak...
- Gambar : Seminar Memperkasakan Parti (PAS)
- Tolak persepsi adalah primitif - Dr Abu Hassan
- PAS tidak perlu jadi UMNO! kata Aziz Bari
- PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat.
- Lebih 1,000 berseminar tentukan halatuju PAS
- Perjuangan Islam melepasi perkauman
- mmm.. Korang PERCAYA TAK cerita Rosmah ni?
- Kelantan akan dirampas melalui WANG EHSAN?
- Video Clip : Najib menipu 1Dewan Rakyat pasal isu ...
- AJK Disiplin MCA letak jawatan beramai-ramai!
- Rakyat Kelantan Minta Hak Mereka, Bukan Sedekah Wa...
- Video Clip: Isu Royalti.. Najib menipu 1Dewan Raky...
- JANGAN TERPERANGKAP DENGAN AGENDA UMNO/BN!!
- UMNO : Di Cawangan pun diamalkan RASUAH!!
- F1 Toyota tarik diri kerana gentar menghadapi F1 1...
- Luar pagar.. Omelan Selepas Bajet
- JAIS diminta mengadap Sultan Selangor
- Kes Dr. Asri : Zamihan dah gelabah dah!!
- Akhirnya DSAI mengaku salah...
- Maaf ya.... Bukan Royalti tapi WANG EHSAN!!
- Dr Asri Jawab Tuduhan Sijil Palsu
- Video Clip : MP Sri Gading mengutuk Presiden MCA d...
- Kes DSAI ditangguh lagi....
- Dr Mohd Asri akan menjawab tuduhan bohong pegawai ...
- Penagkapan Dr Mohd Asri: Mengapa babitkan Dr Hassa...
- Pendakwaan besar-besaran yang nilainya kecil-kecil...
- Dalam pada kita sibuk meneriakkan “BUBAR DUN!
- PAS Keliru, Buang masa .. Prof Aziz Bari
- Kenapa perlukan sehingga 40 orang polis untuk mena...
- Dengan begini banyak imbuhan, Korang masih yakin D...
- GERAKAN yang masih tak sedar diri..
- Badrul Hisham Dibeli UMNO-BN ?
- Pemuda Gerakan menghina MP UMNO!
- Ini rahsianya kenapa Calon PAS tidak pernah melomp...
-
▼
November
(138)

