Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, November 1, 2009

GERAKAN yang masih tak sedar diri..

Jumlah kehadiran perwakilan dalam persidangan pergerakan Pemuda Gerakan semalam merupakan yang terburuk dalam tempoh 22 tahun, kata Ketuanya, Lim Si Pin.

Lim yang kesal dengan keadaanitu berkata, jumlah kehadiran tidak sampai 40 peratus dan kurang daripada 500 orang.

Jumlah perwakilan Pemuda Gerakan yang sepatutnya menghadiri persidangan pergerakan itu sebelum dianggarkan kira-kira 1,000 orang.

Lim yang kesal dengan keadaan itu menyifatkannya sebagai "sesuatu yang memalukan".

"Adakah sebab persidangan terlalu awal dan (oleh itu) tidak boleh bangun tidur?.

"Ini hanya alasan, Kami minta maaf, kami patut malu dengan diri sendiri," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di akhir persidangan persidangan tahunan nasional Gerakan hari ini.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai kehadiran perwakilan Pemuda yang rendah semalam, Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow secara sinis berkata, ia mungkin disebabkan kecanggihan teknologi yang membolehkan persidangan itu ditonton secara langsung.

“Jangan cakap pasal perubahan sahaja. Bila cakap memang sedap didengar. Apa yang perdana menteri kata tadi, saya harap tidak jadi suntikan berlebihan kepada gerakan menyebabkan kita syok sendiri,” katanya.

Persidangan tahunan Gerakan boleh ditonton dilaman web Gerakan secara langsung.


Malaysiakini


Ha.. ha.. ha.. masih tak sedar diri lagi korang ya.. Korang tu dah tak popular dah, macam MIC, ada atau tidak tak ada makna pun kepada rakyat pun..

Dah tak popular mana ada orang nak sokong..

Berapa kerat yang nak tonton sidang korang tu melalui web?

Archive

Related Posts with Thumbnails