Tuesday, November 17, 2009

ehh!! Kalau dah kuat buat apa merayu?

Hari ini suami kedua Rosmah (Isteri kedua Najib) Najib Tun Razak berkata UMNO/BN akan merayu..MERAYU!!

BN akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh susulan kegagalan wakil rakyatnya Datuk Abu Hassan Sarif hadir dua persidangan DUN berturut-turut.

"(Keputusan) ini proses mahkamah. Kita terima keputusan mahkamah dan kami akan bertindak mengikut keperluan.

"Jika boleh merayu, kita akan merayu. Kita mulakan dari situ," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau, yang juga pengerusi BN, diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengumumkan kekosongan tersebut dan seterusnya mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan satu pilihan raya kecil di kerusi itu.

Keputusan julung kali itu juga menyebabkan penyandangnya, seorang ADUN Umno, dihalang daripada menghadiri persidangan DUN yang bermula hari ini.


Malaysiakini


DULU!! Bila menang di Bagan Pinang hari tu bukan main lagi puak-puak UMNO ni.. ada yang berkata " Kemenangan BN di Bagan Pinang buktikan sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat sejak kekalahan teruk pada Pilihanraya Umum ke-12 Mac tahun lalu.

Mat Sembab melihat kemenangan Barisan Nasional (BN) melalui calonnya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada hari Ahad sebagai satu kejayaan yang sangat signifikan.Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berharap selepas ini akan berlaku gelombang dan pembaharuan yang akan terus berlangsung bukan setakat untuk BN tetapi juga untuk masa depan rakyat dan negara.


Ada juga yang dengan megahnya berkata "Sokongan memberangsangkan daripada pengundi muda kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan semalam adalah satu petanda baik bahawa golongan ini yakin kepada pucuk pimpinan dan kerajaan yang memerintah ketika ini.

Dan
PEMUDA UMNO GOMBAK SETIA berkata kemenangan BN adalah sokongan rakyat terhadap kerajaan yang sedia ada, jadi jangan lah kita leka dan alpa atas kemenangan itu. Harus kita berkerja dengan lebih ikhlas demi rakyat.

Pada hemat saya, keputusan pilihan raya DUN Bagan Pinang ini terhasil kerana Barisan Nasional dan UMNO mendengar dan mendahulukan suara dan kehendak rakyat berbanding pemimpin, penganalisis politik dan pembangkang.

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang menunjukkan mesej perpaduan melalui gagasan 1Malaysia diterima rakyat terutama di kalangan pengundi bukan melayu.Ia juga membuktikan rakyat terus bersama Barisan Nasional (BN), selain menerima Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang..


KINI!! Merayu agar penangguhan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputih.. MERAYU! MERAYU!! agar kuasa dikekalkan kepada UMNO..


SELAMANYA!! Yang dikatakan dulu tidak semestinya betul hari ini...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails