Tuesday, November 24, 2009

Artikel asal Blog pro UMNO yang memfitnah DSAI tawar 5 Juta kepada Saiful

mStar Online telah melapurkan Saiful telah menafikan tuduhan dari beberapa buah Blog yang mengatakan bahawa DS Anwar Ibrahim telah menawarkan wang sejumlah RM5 juta kepadanya supaya menarik kembali dakwaannya.

Bagaimanapun artikel atau entry berkenaan telah dipadam oleh empunya blog, malang sekali buat tuan empunya blog kerana walaupun telah dipadam artikel asal tersebut yang telah di cache oleh google masih boleh dilihat di sini, jangan klik! aku paste kat bawah..


PETALING JAYA: Kes tuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menimbulkan kontroversi apabila wujud pula dakwaan yang mengatakan beliau menawarkan wang sejumlah RM5 juta kepada pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya menarik kembali dakwaannya.

Beberapa laman blog hari ini menyiarkan dakwaan yang mengatakan Anwar telah mengarahkan ahli perniagaan, Datuk Soh Chee Wen untuk mengadakan perbincangan dengan Mohd Saiful berhubung perkara berkenaan.

Berdasarkan tulisan dalam blog berkenaan juga dinyatakan bahawa Soh telah menggunakan sepupu Saiful sebagai 'jambatan' untuk berhubung dengan bekas pembantu Anwar itu bagi menawarkan sebanyak RM5 juta untuk menarik balik kes tersebut.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Saiful, Zamri Idrus menafikan mengenai perkara itu.

"Tidak... tidak benar, saya beri jaminan tiada sebarang tawaran dibuat kepada Saiful.

"Perkara ini langsung tidak benar. Saiful tetap dengan pendiriannya dalam kes ini," katanya kepada mStar Online.


Artikel asal dari Blog Ruang Bicara Faisal.

BERITA PANAS!SAIFUL DITAWAR 5 JUTA UNTUK TARIK KES

Berita panas-panas yang baru sampai ke pengetahuan saya sebentar tadi daripada sumber-sumber yang memang boleh dipercayai. Yang pasti berita panas ini bukan datang dari makcik Minah yang jual goreng pisang di Kg.Pandan.

Anwar Ibrahim sudah menjadi seperti cacing kepanasan sekarang walaupun telah dibayar gaji RM 1 sebulan oleh Khalid Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Saat sekarang bukan saat yang menyenangkan bagi Anwar. Hidupnya sasau setiap hari , bak kata sahabat saya GAP,adakalanya Azizah pun dipanggilnya bibik. Itu gambaran betapa sasaunya Anwar sekarang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak liwat Sungai Buloh lah nampaknya.

Sasau Anwar adakalanya menjadi mereng bila dia terbayang pintu jeriji penjara Sungai Buloh dan penyelaknya yang berbunyi gelegang...gelegang. Seram rasa kita yang mendengar,lagi seram pada Anwar yang telah melaluinya dan bakal dilalui lagi.

Baiklah, saya tak mahu mengomel panjang-panjang nanti Karam Singh Walia marah.

Anwar sanggup buat apa sahaja untuk mengelakan kes liwat beliau terhadap Saiful Bukhari di 'perdendangkan' dalam Mahkamah.

Bermula daripada penangguhan demi penangguhan yang diciptanya, berjumpa secara sulit dengan PM, guna kabel itu, kabel ini semuanya tak jalan. Kenapa dia takut sangat ? Berani kerana benar, takut kerana liwat.

Berita yang baru sampai ke telinga saya hari ini mengatakan Anwar Ibrahim telah menggunakan Datuk Soh Chee Wen untuk berbincang dengan Saiful ,supaya tarik balik kes. Dulu dia guna Lim Kok Wing untuk deal dengan Najib. Sekarang Soh Chee Wen pula. Hebat !

Soh Chee Wen telah menggunakan sepupu Saiful sebagai jambatan untuk berhubung dengan Saiful. Difahamkan Saiful ditawarkan sebanyak RM 5 juta untuk menarik balik kes tersebut.

Setakat ini saya tidak pasti samada Saiful menerima atau tidak tawaran tersebut. Jika Saiful terbaca tulisan saya ini, saya memohon anda jangan buat kerja pelik. Jangan sampai masyarakat hilang kepercayaan kepada anda. Yang benar tetap akan muncul jua. Kau jangan buat hal Saiful,aku dah bersusah payah mempertahankan kau selama ini,tiba-tiba kau buat u turn. Terjun Plaza Masalam aku nampak gayanya. Tak pasal-pasal kerajaan kena tubuh Inkues pula.

Adik Saiful, abang tahu kau menderita dan tertekan. Abang dapat merasai penderitaan kau dik. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tapi apa kan daya,apakan daya dik,abang pun hanya insan biasa.

Nak bayar bil broadband pun terpaksa kutip duit syiling. Setakat mana yang abang mampu tolong, abang akan tolong dik. Hanya sabar yang mampu diucapkan kepada kau dik. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada Iman. Adakalanya abang pun menitis air mata mengenangkan nasib kau dik.


Saya memohon agar Saiful dapat menjelaskan semua ini di dalam blog beliau. Amat berharap penjelasan daripada Saiful agar masyarakat dapat tahu cerita sebenar.

Siapakah Datuk Soh Chee Wen ? Sila rujuk di sini dan baca sampai habis


SAMAN DIA DATO SERI!!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails