Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, November 3, 2009

Dr Mohd Asri akan menjawab tuduhan bohong pegawai JAKIM malam ini..

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan malam kelmarin atas alasan memberi ceramah agama tanpa tauliah, sudah memulakan langkah mempertahankan diri beliau dengan ‘siri’ pertama menjurus kepada penjelasan ‘gelombang fitnah’ malam ini.




Dr Mohd Asri akan menjawab tuduhan bohong pegawai JAKIM tentang sijil palsu:

Tarikh : 3 November 2009

Jam : 8 pm

Tempat :Institut Ibn Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam, S. Perai.

Pihak wartawan dijemput hadir.



Kuliah beliau yang akan berkisar pada tajuk “Gelombang Fitnah” dijadual untuk berlangsung di Institut Al-Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam.

Maklumat blog Asri pagi ini juga menyebut beliau akan menjawab tuduhan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tentang sijil palsu.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain Al-Ghari mendedahkan Asri telah memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Jelas Zamihan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.

“Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. Sekiranya seseorang itu berkelulusan syariah, minor pengajian biasanya melibatkan bidang berkaitan seperti ‘fiqh wa usul’.

“Pengajian Bahasa Arab dibenarkan untuk mengambil minor syariah tetapi hanya sebagai subjek elektif.

“Sekiranya ia diambil sebagai elektif, maka ia tidak dikira sebagai pelajar syariah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan Asri selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Archive

Related Posts with Thumbnails