Monday, November 2, 2009

Dengan begini banyak imbuhan, Korang masih yakin DUN Perak akan dibubarkan?

Ada pihak telah mengatakan bahawa DUN Perak akan dibubarkan pada hari Jumaat minggu hadapan, ini kerana perbicaraan kes DS Nizar vs Zambry akan diketahui keputusannya pada khamis (5.11.09) minggu hadapan.

Jika keputusan Mahkamah Persekutuan itu memihak kepada Dato Seri Nizar, keesokan harinya Pakatan Rakyat akan memohon kepada Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak untuk dikembalikan haknya kepada rakyat Perak memilih kerajaan yang mereka mahukan.

Jadi andai kata keputusan Mahkamah memihak kepada kita,kita masih perlukan perkenan Sultan untuk membolehkan DUN dibubarkan.


Alhamdulillah kalau Sultan sudi untuk perkenankan agar DUN dibubarkan, kuasa memilih kerajaan Negeri diserahkan kembali kepada rakyat Perak..

Tetapi dengan begini banyak imbuhan yang dikatakan telah diterima oleh Sultan adakah anda yakin DUN Perak akan dibubarkan?

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

6.Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.


Pada pendapat aku.. daripada kita bising-bising dengan BUBAR DUN ni.. lebih baik pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang telah dilantik sebagai Wakil Rakyat turun padang, turun berjumpa dengan pengundi yang telah melantik mereka sebagai Wakil Rakyat.

Jalankan tanggungjawab mereka sebagai Wakil Rakyat.. kerana telah kedengaran rungutan yang mengatakan mereka (pengundi) tidak pernah melihat wajah Wakil Rakyat yang dilantik sejak Wakil Rakyat itu menang pilihanraya yang lalu.Kecuali pada Banner.

Dekati rakyat untuk menumbangkan UMNO/BN pada PRU ke 13 nanti.....


Sumber tentang imbuhan datangnya dari sini..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails