Thursday, November 26, 2009

Ceh!! Muhyiddin kata Biro Tata Negara Berniat baik?

Muhyiddin berkata kursus BTN tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan..

Tetapi tidak bermotifkan doktrinasi politik apa bendanya kalau dah diajar bahawa PKR ejen Yahudi, DAP proksi Singapura dan Pas gerakan ajaran sesat.

Semangat kenegaraan dan perpaduan apa benda kalau yang ditekankan itu ialah semangat perkauman iaitu Ketuanan Melayu.

Memang lah Biro Tata Negara Tidak Berniat Jahat tapi yang menjadikan Biro Tata Negara itu jahat ialah UMNO/BN sendiri..





BERNAMA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.

"Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik," katanya kepada pemberita di Pagoh dekat sini pada majlis penyerahan lembu untuk dikorban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Selangor melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN berkuatkuasa serta merta dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional.

Semalam dalam usaha melindungi penjawat awam Selangor dari tarbiyah ekstrem Biro Tata Negara, kerajaan negeri Selangor telah menghentikan penyertaan pegawai agensi kerajaan negeri dan penuntut di institusi pendidikan milik kerajaan negeri dari menyertai kursus biro itu.

Exco Pendidikan Dr Halimah Ali berkata keputusan ini berkuatkuasa serta merta hari ini selepas siasatan mendapati tarbiyah yang diterapkan BTN mengajak kepada perpecahan dan ketegangan kaum.

“Mereka yang telah melalui kursus Biro Tata Negara ini kebanyakannya adalah satu proses indoktrinasi oleh Kerajaan Barisan Nasional dan ia menimbulkan satu fenomenan yang agak perkauman, di mana ia seolah-olah ingin memecahbelahkan di antara penduduk-penduduk yang pelbagai bangsa dan agama di Malaysia ini”, jelas Dr Halimah.

BTN diwujudkan bagi menanam semangat cintakan negara, namun umum kini melihat biro itu tidak lebih dari unit propaganda BN.

Bercakap dari pengalamannya sendiri, Adun Sri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata peserta kursus diajar mengenai Ketuanan Melayu, PKR ejen Yahudi, DAP proksi Singapura dan Pas gerakan ajaran sesat.

Dan ini pula pengalaman Exco Penerangan dan Perhubungan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) & Mahasiswa Undang-undang UIAM. yang telah menghadiri program Biro Tata Negara (BTN) anjuran Biro Tata Negara Cawangan Wilayah Persekutuan dan Bahagian Pembangunan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 25 Februari 2007. Ia diadakan khusus untuk mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Pada slot yang ketiga, iaitu pada jam 2.30 petang, saya amat terkilan kerana pengisian yang sepatutnya disampaikan untuk memastikan mahasiswa disemat dengan sifat cintakan negara, tidak berlaku. Sebaliknya, slot yang disampaikan oleh Naib Yang DiPertua MPPUPM 2005/2006 Saudara Sulhairil Hafiz Suliman itu, telah diambil kesempatan oleh penyampai untuk menanam doktrin anti-demokrasi di kalangan masyarakat kampus UIAM.

Slot tersebut juga telah dimanipulasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan mahasiswa membenci pertubuhan kebajikan mahasiswa lain seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Food Not Bombs (FNB), Karisma, dan sebagainya, dengan mendakwa, pertubuhan tersebut “haram, ganas dan menggugat ketenteraman dan keselamatan negara”.

Saya amat terkejut apabila melihat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut disenaraihitamkan sebagai pertubuhan haram, sedangkan, menurut Jabatan Pendaftaran (ROS), PKPIM adalah sebuah pertubuhan pelajar yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang yang nombor pendaftarannya adalah 1569.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails