Tuesday, November 24, 2009

Bila dengar Mukhriz nak dicalonkan.. Terhegeh-hegehlah Abu Hassan nak merayu..

Jika sebelum ini hanya SPRM yang sibuk membuat rayuan penanguhan kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan Sarif ADUN sekarang dari UMNO/BN hanya merayu sehari kemudian,Bila mendengar saja nama Mukhriz disebut-sebut akan dicalonkan, hari ini pukul 2.30 petang Abu Hasan akan membuat rayuan sekali lagi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agar diadakan pilihan raya kecil. Berita disiarkan di sini.

Merayu kerana pasti beliau tidak akan dicalonkan semula sebagai ADUN Kota Seputeh, merayu kerana takut kehilangan jawatan dan kuasa.. kan dalam UMNO tu bila hilang jawatan hilang segala-galanya.. terutamanya projek!


KUALA LUMPUR – Jika ditakdirkan Allah SWT, pilihanraya umum ke-13 memberikan Kedah kembali kepada BN, Datuk Mukhriz Mahathir akan jadi Menteri Besar seterusnya. Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerlun akan dicalonkan untuk Pilihanraya Kecil Dun Kota Seputeh.

Datuk Mukhriz dikatakan merupakan calon yang paling sesuai untuk menerajui Kedah jika BN kembali berkuasa. Bapanya, Tun Dr.Mahathir juga berasal dari negeri yang sama.

Pencalonan Mukhriz dikatakan telah mendapat ‘persetujuan’ pihak tertinggi UMNO, dimana Presidennya sendiri DS Najib Tun Razak mahu Mukhriz diletakkan sebagai calon DUN bagi negeri tersebut. Walaubagaimanapun UMNO masih belum mengesahkan lagi.

Datuk Mukhriz Mahathir merupakan anak tunggal kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menyertai politik secara langsung. Abang Mukhriz, Dato’ Mokhzani pernah menyandang jawatan Bendehari Pemuda UMNO sebelum ini.

Pencalonan Mukhriz dijangka memberikan kelebihan kepada BN memandangkan beliau membawa ikon pengundi muda dengan misi ‘berani berubah’. “Jika Mukhriz calonnya, kita (Pas, PKR, DAP) perlu pandang serius sebab (Mukhriz) ada banyak kelebihan. Selain mempunyai jawatan dalam kerajaan iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, (Mukhriz) dilihat sebagai tokoh yang tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi.”

Sumbernya disini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails