Friday, November 6, 2009

AJK Disiplin MCA letak jawatan beramai-ramai!

MCA hari ini menerima satu tamparan lagi apabila keseluruhan lima anggota jawatankuasa disiplin parti itu meletak jawatan secara beramai-ramai.

Difahamkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut baru-baru dan surat rasmi peletakan jawatan mereka telah diserahkan oleh pengerusinya, Ng Cheng Kiat (foto) hari ini.

Anggota jawatankuasa tersebut dipercayai tidak senang dengan campurtangan politik dalam keputusan yang dibuat, mengakibatkan ia tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Mengikut perlembagaan parti, semua keputusan jawatankuasa disiplin perlu disahkan oleh majlis presiden sebelum dibawa kepada jawatankuasa pusat parti itu.

Kedua-dua badan tersebut mempunyai kuasa untuk menolak atau meminda keputusan jawatankuasa disiplin itu.

"Dalam kes kami, ianya adalah soal disiplin. Tetapi bila ia dibawa kepada jawatankuasa pusat dan majlis presiden, mereka membuat keputusan politik.

"Sistem ini tidak berkesan untuk menguatkuasakan tindakan disiplin," kata seorang anggota jawatankuasa disiplin itu yang enggan namanya disebut.

Bagaimanapun, beliau menafikan peletakan jawatan secara beramai-ramai itu ada kaitan dengan sisatan terhadap Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, di mana syor jawatankuasa disiplin memecatnya, telah dibatalkan.

Satu sumber berkata penarikan balik penggantungan ketua bahagian Ipoh Timur, Thong Fah Chong juga merupakan satu lagi contoh campurtangan politik dalam tugas jawatankuasa tersebut.

Beliau menegaskan bahawa peletakan jawatan mereka tiada kaitan dengan mana-mana kes yang khusus, kerana jawatankkuasa itu tidak puas hati dengan keseluruhan sistem disiplin parti.

Ekoran siasatan yang dijalankan, jawatankuasa disiplin telah mengesyorkan Ogos lalu supaya Chua dipecat kerana mencemarkan imej parti kerana skandal DVD seks.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails