Monday, October 12, 2009

Zambry kata BN sentiasa menghormati lunas perundangan..

IPOH, 12 Okt - Menteri Besar Haram Perak, Mamak Zambry Abdul Kadir berkata beliau yakin Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada kalangan pembangkang akan menghadiri persidangan dewan itu yang akan diadakan tidak lama lagi bagi pembentangan Bajet 2010.

Zambry berkata notis memanggil mesyuarat itu akan dikeluarkan oleh Speaker Haram Ganesan dalam tempoh 14 hari selepas mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

"Kita mengadakan sidang mengikut prosedur dan peratutan dan tidak akan memanggil sewenang-wernangnya," katanya.

Mengulas kemungkinan timbul kekecohan dan pembangkang dikatakan akan turut membentangkan bajet sendiri, beliau berkata kerajaan negeri sedia menghadapi sebarang tindakan pembangkang dan akan berusaha memastikan persidangan berjalan lancar mengikut peraturan.

"Soal mereka nak buat apa terpulanglah, kita tidak kisah...budaya (kecoh) berkenaan sudah dimulakan oleh pembangkang dan akibatnya kini wujud suasana seperti itu. Bagi
Barisan Nasional kita sentiasa menghormati susila dan lunas perundangan," kata Zambry.


aku dah edit berita ni, berita sebenar baca disini..

Barisan Nasional sentiasa menghormati susila dan lunas perundangan.

Bila Sivakumar diheret keluar dari dewan hari itu, undang-undang apa yang dipakai?




Sivakumar diheret keluar..

Sudahlah diheret, dikurung dalam stor pulak..

~ Kuasa Speaker tak boleh dicabar.. tapi korang cabar yang ni pulak ikut undang-undang mana?

~ Ganesan dilantik ikut undang-undang apa pulak? sedangkan perlantikan beliau terang-terang melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan.

~ Sebelum BN melantik Ganesan sebagai Speaker, Sivakumar telah
menggantung Zambry dan 3 Ekor katak mengikut undang-undang.. kenapa korang tak patuhi?

Bila menguntungkan hang.. Hang ikut undang-undang, kalau tidak, hang buat ikut suka hang saja..

POODAH!!!

Hang ingat ADUN PR nak dengar cakap Speaker haram hang tu ka??.. kalau nak tahu jawapannya di
sini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails