Tapi... tak apalah sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk merampasnya, KITA tidak merelakan dengan mudah Perasuah kembali berkuasa.. KITA juga tidak merelakan sebuah parti perkauman berkuasa dengan mudah..
KITA tidak merelakan tetapi pengundi-pengundi di Bagan Pinang merelakannya, jadi sebagai rakyat sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kita perlu hormat dengan pilihan mereka..
Mungkin anak-anak kecil yang masih bersekolah ini telah dijanjikan dengan upah sebanyak RM50 seorang, sehelai 'T' Shirt, makan dan minum.. baguslah kalau begitu.
Cuma yang membuat aku tertanya-tanya.. kenapa mereka menggunakan anak-anak kecil yang masih bersekolah sebagai penyokong mereka? Adakah pengundi-pengundi mereka malu untuk menunjukkan bahawa mereka menyokong BN?
Sekali pandang nampak macam di Sekolah saja..
Hari ini korang dilayan bagai raja.. esok?
Mungkin anak-anak kecil yang masih bersekolah ini telah dijanjikan dengan upah sebanyak RM50 seorang, sehelai 'T' Shirt, makan dan minum.. baguslah kalau begitu.
Alhamdulillah BN telah mengajar anak-anak kecil yang masih bersekolah ini untuk belajar mencari pendapatan sampingan untuk membantu ibu bapa mereka dalam menghadapi hari-hari mendatang yang semakin memeritkan ini..
Perit kerana harga minyak yang dinaikkan tanpa sebab yang munasabah, Perit kerana kos sara hidup yang meningkat...
Dan buat Mat-Mat Rempit yang terlibat... hari ini korang dilayan bagai raja oleh UMNO/BN, esok korang akan dikejar bagai anjing kurap!! itu yang pasti!
Semua gambar-gambar adalah hasil kerja Saudara Panzer.







