Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, October 15, 2009

Tegakkan enakmen Islam lebih serius kata Shahrizat..

Wanita Umno hari ini menuntut enakmen Islam dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan serius kerana banyak pelaksanaan sedia ada memberi kesan yang negatif pada wanita.


Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, kesan negatif itu timbul apabila sesuatu hukuman yang dikeluarkan mahkamah syariah tidak berjaya dijalankan.

Berucap di persidangan tahunan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini, Shahrizat berkata, pengendalian beberapa kes penceraian, tuntutan nafkah penjagaan anak masih banyak yang tertangguh dalam tempoh lama.

Tambahnya, Wanita Umno mendapati kes syariah terutama bilangan kes yang melibatkan keluarga, masih merekodkan jumlah prosiding yang tinggi, dan ini menunjukkan wujud masalah dalam pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.

"Bagi menjamin hak wanita dilindungi sepenuhnya, pihak-pihak berwajib terutamanya pihak mahkamah hendaklah lebih serius dan prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan kaum wanita dalam melaksana dan menguatkuasakan undang-undang syariah," katanya.



Walaupun aku tak sokong UMNO.. tapi aku setuju 100% dengan cadangan Datuk Seri Shahrizat , satu cadangan yang sepatutnya tidak perlu dicadangkan lagi, kerana sebagai sebuah negara yang dikatakan sebagai Negara Islam.. Enakmen Islam sepatutnya lebih serius dipraktikkan..

Memandangkan kes syariah terutama bilangan kes yang melibatkan keluarga masih merekodkan jumlah prosiding yang tinggi apa kata Datuk Seri tegur dulu individu..

Individu yang mendedahkan aurat macam gambar kat bawah ni..


Bukan saja mendedahkan aurat tapi bersentuhan
dengan bukan Muhrim.

Dua-dua mendedahkan aurat..

Hah!! yang ni??


Berani ka?? err.. tapi Dato Seri pun mendedahkan aurat tu.. Ustazah yang ajar Dato Seri membaca Al-Quran tu tak tegur ka?

Berita dari Malaysiakini

Archive

Related Posts with Thumbnails