Friday, October 23, 2009

SEKARANG AKU DAH KAYA!!.. Osman Jailu

Heh.. heh.. heh.. Dulu bila aku bersama Pakatan Rakyat aku dapat RM275,000.00 saja peruntukkan.. sekarang aku dapat RM1,000,000.00.. SEKARANG AKU DAH KAYA!!

kan benar bagai dikata .. Osman Jailu ni melompat hanya pasal duit..




ADUN bebas di Perak Kapten (B) Mohd Osman Jailu bersyukur mendapat lebih banyak peruntukan untuk disalurkan ke kawasannya selepas keluar daripada PKR dan menyokong BN.

Beliau menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya.

"Alhamdulillah, saya dapat peruntukan hampir RM1 juta untuk projek-projek senggaraan di DUN Changkat Jering.

"Berbanding tahun lepas, semasa saya jadi ADUN Pakatan, dapat cuma RM75,000 sebagai wakil rakyat dan RM200,000 ribu sebagai exco (kerajaan Perak)," katanya ketika dihubungi.

Mohd Osman berkata, penambahan dana itu membolehkannya berkhidmat dengan lebih berkesan kepada kira-kira 28,000 pengundi di DUN tersebut.

"Kalau masa dalam Pakatan, kita cuma dapat peruntukan daripada kerajaan negeri sahaja, tetapi ini dapat juga peruntukan daripada kerajaan persekutuan," katanya.

"Alhamdulillah, sokongan pengundi bertambah baik berbanding sebelum ini. Saya adakan satu majlis rumah terbuka minggu lepas, ramai yang datang dan minta maaf kepada saya," katanya.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails