Wednesday, October 28, 2009

PAS Pusat.. Sila berikan penjelasan anda!

Walau siapa yang hadir.. PAS Pusat.Saya memohon penjelasan daripada AJK PAS Pusat yang terlibat, sila nyatakan pendirian anda samada kenyataan ini benar atau tidak !Jika anda ingin melihat keadilan dan perpaduan terus kukuh dalam PAS

Sebenarnya antara bloggers yg hadir ialah saudara Ahmad Lutfi, Mohd Hanif, Kamarul Hisham, Yamin Yahya, Roslan SMS, alBrangi dan beberapa lagi blogger dari BPN (pro-Umno) manakala saudara MSO dan Azizi Abdullah tidak hadir ke majlis yg dianjurkan


Berdasarkan bukti foto diatas hanya 9 orang bloggers hadir ke majlis tersebut

Penjelasan kepada kekeliruan yang timbul :

1. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.

2.Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.


(sumber asal dipetik dari : papa gomo) : Tulisan diatas memang jelas ada sebahagiannya telah disebutkan, tetapi perlu difahami dengan jelas bahawa si penulis itu menulis dari sudut pandangan dan pemahaman beliau sebagai ahli dan blogger Umno.

Apa yang dijelaskan dan disebutkan oleh Ustaz Nasa dan Dato' Hassan adalah 'isu rundingan' bukannya 'isu kerajaan perpaduan' sebagaimana yang dituliskan. Dan itulah yang dipertikai..!! Apapun bandingkan tulisan si gomo itu dengan ulasan yang diberikan dibawah :

Ulasan : Apa yang berlaku sebenarnya pada 9 March 2009 ( sehari selepas PRU 12) satu mesyuarat AJK PAS Pusat telah diadakan di Kota Baharu. Mesyuarat tersebut berbincang untuk menguruskan kemenangan PAS di negeri-negeri yang telah kita sedia maklum.

Mesyuarat itu juga telah memutuskan agar bersedia berunding dengan UMNO sekiranya segala syarat yang PAS letakan mendapat pertimbangan dari UMNO. Rundingan dengan UMNO itu bermaksud untuk memelihara agama, kerana apa yang ada pada PAS tiada pada UMNO dan apa yang ada pada UMNO tiada pada PAS kerana saling lengkap-melengkapi. Mesyuarat tersebut bukanlah untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Sejurus mesyuarat selesai TGHH telah pergi ke Kedah, Dato' Husam Musa ke Perak, Hj Mohamad Sabu ke Pulau Pinang, Ustaz Nasa dan Dato' Mustafa Ali ke KL dan Selangor untuk membantu menguruskan kemenangan PAS di negeri-negeri tersebut.

Ustaz Nasa memaklumkan, selepas mesyuarat di KB, dan ketika dalam perjalanan beliau ke KL/Selangor mereka mula berhubung dengan Khair Toyo selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan pertemuan pertama berlangsung di Shereton Subang dan turut dihadiri bersama oleh Dr Hassan Ali. Tiada persefahaman yang dapat dibentuk dalam pertemuan itu dan segala usaha kerjasama berakhir dan tamat di situ juga.

Umno terus berikhtiar, hinggalah beliau di hubungi pula oleh Pak Lah untuk pertemuan yang selanjutnya. Perkara itu juga dimaklumkan terus kepada TGHH dan TGHH yang berada di Kedah terus pulang ke KL dan satu perbincangan atau Mesyuarat Khas telah diadakan diantara beliau dan AJK Pas pusat yang lain di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Diantara agendanya ialah untuk membuat persediaan bagi menemui Pak Lah dan Khair Toyo buat kali ke dua. Dinyatakan juga dalam pertemuan ini tiada persefahaman yang dapat dibuat kerana PAS tetap dengan prinsipnya sebagai parti Islam. Usaha Umno GAGAL.

Pertemuan ketiga yang dikatakan oleh Ustaz Nasa ialah semasa beliau sedang minum di kantin Parlimen, tiba-tiba beliau di sapa oleh Dato' Yaacob (bapa Fazly) yang menyampaikan salam pertemuan dari Pak Lah dari pejabatnya ditingkat Parlimen. Menurut Ustaz Nasa pertemuan itu tiada langsung membincangkan mengenai perpaduan atau penyatuan yang telah gagal dalam pertemuan sebelum ini dan selepas itulah Pak Lah telah menyatakan kepada press(Media) tentang pertemuannya sebanyak 3 kali dengan Ust Nasa.

Bermula dari kenyataan Pak Lah itulah keadaan PAS mula menjadi haru biru. Lalu ustaz Nasa terus terfitnah sehingga sekarang. Dan fitnah itu pula berterusan dimainkan oleh blogger-blogger di blog.

Ustaz Nasa dan Dato' Hassan melontarkan persoalan, mengapakah hanya dipersalahkan ustaz Nasa, Dato' Mustafa Ali dan TGHH dalam isu rundingan ini ? Tidakkah keputusan ini telah dicapai dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat di Kota Baharu pada 9 March 2008 lalu ?

Saya(MRK albanjari) bertanya, apakah dan mengapa TGNA tidak dimaklumkan akan butir keputusan mesyuarat tersebut ? Jawapnya kerana TGNA tidak hadir. Walaubagaimanapun menurut Ustaz Nasa segala keputusan itu telah pun dipersembahkan dan dimaklumkan kepada TGNA.

Maka dari itu, saya memohon penjelasan daripada AJK PAS Pusat yang terlibat, sila nyatakan pendirian anda samada kenyataan ini benar atau tidak !Jika anda ingin melihat keadilan dan perpaduan terus kukuh dalam PAS.

Isu yang kedua terhadap Ustaz Nasa ialah apabila beliau respons terhadap kenyataan Najib Razak di Parlimen. Dan beliau hanya menyatakan bahawa beliau mengalu-alukan kenyataan tersebut dan akan menyampaikan kepada Presiden PAS yang ketika itu berada di London.

Sila sambung baca di sini..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails