Wednesday, October 14, 2009

Khairy yakin DSAI akan ke Putrajaya?

Pemuda Umno hari ini berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang", menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya.

"Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.

"Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin di persidangan agung Pemuda Umno 2009 hari ini.

Dalam ucapan sulungnya mengepalai pergerakan itu, beliau juga menuduh Pakatan Rakyat sebuah gabungan yang tidak berpegang pada prinsip apabila tidak tegas mempertahankan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada perlembagaan.

"Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?" katanya di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ucapan yang bertemakan 'Di Persimpangan Jalan Perjuangan', Pemuda Umno diseru agar tidak terperangkap dengan isu Melayu gaya lama yang mudah berang dengan desakan kumpulan lain sewaktu perdana menteri, juga presiden Umno, memperkenalkan slogan 1Malaysia.

"Kita boleh bertempik suara melaungkan semangat Melayu dan memberi amaran kepada kaum-kaum lain supaya jangan mencabar ini dan itu," kata Khairy.

Ralat..

sebenarnya aku nak letak gambar yang dibawah ni kat atas tu.. tapi setiap kali aku upload mesti bertukar jadi gambar kat atas tu.. harap maklum.. he.. he..


Dari ucapan Khairy ni nampaknya Khairy yakin yang DSAI akan menjejakkan kakinya kepejabat perdana menteri di Putrajaya. Sebab itu dia berkata akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Memanglah Pakatan tidak berprinsip seperti mana BN..

Prinsip pembangkang ialah tidak akan meletak perasuah sebagai Calon PRK, memang tak sama langsung dengan prinsip BN tu.. yang meletakkan Perasuah sebagai Calon..


"sesumpah lidah bercabang" tu gelaran yang telah dianugerahkan kepada Ezam tu..

Pembentukan Kerajaan oleh Pakatan Rakyat "IS SOMETHING LIKE PUSHING A CAR UP TO THE HILL ALONE".. ayat Khairy dalam satu forum on line dulu..



Berita penuh baca disini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails