Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, October 13, 2009

Kemenangan Isa... bukannya UMNO

Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang sebagai kemenangan calonnya Tan Sri Isa Samad, dan bukannya kemenangan Umno, kata penganalisis politik.

"Kemenangan semalam lebih kepada faktor personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat melihat Isa melebihi parti.

"Walaupun terdapat salah laku, masyarakat melihat sumbangannya yang besar," kata Dr Sivamurugan Pandian.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) itu diminta mengulas kemenangan besar Isa yang berjaya mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Dr Sivamurugan berkata, kemenangan Isa itu menjadi permulaan bagi Umno untuk mengembalikan semula kewibawaan Umno yang merosot teruk
pada pilihan raya umum lalu.

Tambahnya, kemenangan Umno juga hasil kejayaannya mengelakkan sabotaj pemimpin setempat yang tidak terpilih sebagai calon – seperti yang pernah terjadi pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

“Sejak awal lagi, hanya satu nama (Isa) yang dicalonkan bertanding. Tidak ada sabotaj berlebihan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Penyelarasan jentera mereka juga baik,” katanya.

Ditanya tentang kesan kemenangan Isa yang didapati bersalah dalam politik wang selepas pemilihan Umno 2004, Dr Sivamurugan berkata:

“Inilah cabaran besar pada Umno. Hampir setiap tahun perkara ini dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya.

“Walaupun ada yang melihat beliau harus dimaafkan dan diberikan peluang kedua, soalnya, bagaimana Umno mahu meyakinkan rakyat?”



Malaysiakini

Archive

Related Posts with Thumbnails