Thursday, October 8, 2009

KD Inderapura terbakar lagi!!!

Kalau tak silap aku.. kapal ni baru saja dibaik pulih kerana control room nya terbakar suatu masa dulu.. KINI IA TERBAKAR LAGI..
Malang buat pegawai pemerintahnya kerana beliau dijangka di tauliahkan sebagai Kapten Kapal hari ini..
Berbahagialah Contractor yang dimiliki oleh seorang Bumiputera dari Pulau Pinang.. masyuk lagi!!




IPOH: KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut.

Kejadian dilaporkan kira-kira 6 pagi ini dan sehingga kini usaha memadamkan kebakaran masih berjalan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata laporan awal menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Polis juga belum menerima laporan daripada TLDM Lumut," katanya ketika dihubungi.

BERNAMA


Kejadian yang bermula sejak subuh tadi, nampaknya semakin bertambah, kedengaran beberapa letupan yang agak kuat berlaku, sehinggaga sekarang didapati beberapa buah tug-boat cuba memberi bantuan bomba untuk memadam kebarakan tersebut...

Kalau jam 6.55 pagi tadi hanyan gerombolan asap tebal, tetapi sekarang ini kelihatan ada semarak-semarak api yang agak besar kelihatan...

Alhamdullah, Nasib baik sekarang ini cuaca dalam keadaan hujan, walau pun tidak lebat, moga-moga ini dapat membantu kebantu kebakaran tersebut.

Namun apa yang aku nampak, kebakaran ini amat sukar sekali nak dipadamkan... kemungkinan ada bahan letupan dan senjata api yang merbahayakan nyawa manusia... itu yang masaalahnya...
Sama-samalah kita berdoa agar musibah yang menimpa kita semua ini dapat diselamatkan....

Walau apa pun tentang UMNO mesti kita hapuskan... Inilah kerja pemimpin UMNO... banyak penyelewengan terhadap pembelian peralatan tentera... pembaziran wang rakyat banyak berlaku dalam kes pembelian peralatan tentera..

manjongmari.blogspot.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails