Thursday, October 22, 2009

Ekonomi Berpendapatan Tinggi? Pala Bapak Hang!!

Cuba korang baca tulisan Najib mengenai Belanjawan Malaysia yang aku petik dari blog 1Malaysia kat bawah ni..

Kita telah jauh meninggalkan zaman ekonomi yang bersandarkan pertanian dan komoditi, yang telah menghasilkan ekonomi pendapatan pertengahan atasan yang dinamik hari ini.

Kita telah melalui waktu-waktu sukar seperti krisis ekonomi Asia pada 1997 dan telah membuktikan dapat bertahan dalam krisis kewangan global yang kini sedang melanda kita. Namun masih banyak yang perlu dilakukan sebelum kita dapat mengkategorikan negara kita sebagai sebuah negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, Malaysia hendaklah menjadi sebuah Ekonomi Berpendapatan Tinggi seperti yang ditafsirkan oleh Bank Dunia, dan memperoleh skor Petunjuk Pembangunan Insan yang lebih tinggi untuk menunjukkan status kita sebagai negara maju.

Selasa yang lalu, saya telah diberikan taklimat oleh Bank Negara Malaysia yang menumpukan kepada keadaan daya saing terkini kita di dunia. Taklimat ini selanjutnya telah mengesahkan kedudukan ekonomi negara di seluruh dunia. Dengan yang demikian, kita tiada pilihan lain kecuali mengubah aktiviti ekonomi kita dalam subsektor ekonomi yang lebih tepat supaya dapat menyegerakan negara kita menjadi negara yang mempunyai tahap pendapatan yang tinggi.

Saya telah menegaskan bahawa transformasi sekali lagi memerlukan kita meninggalkan zon selesa kita di belakang kerana kita perlu berusaha untuk menjadi lebih berdaya saing.

Perubahan-perubahan yang perlu kita hadapi, cadangan saya, termasuklah keperluan untuk menyesuaikan dengan pola permintaan ekonomi luar, bergabung dengan lebih lanjut di rantau ini dan menyelaraskan struktur ekonomi domestik yang telah menyekat ekonomi kita daripada menjadi satu ekonomi yang sepatut dan sebenar-benarnya. Imbangan istimewa ini diperlukan bagi memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripadanya.


mmm... Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, Malaysia hendaklah menjadi sebuah Ekonomi Berpendapatan Tinggi seperti yang ditafsirkan oleh Bank Dunia..

Ekonomi Berpendapatan Tinggi konon..

PALA BAPAK HANG NAJIB!!! apa guna berpendapatan tinggi kalau semua barangan keperluan hidup ikut berharga tinggi??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails