Thursday, October 22, 2009

Dr Porntip Made in Siam.. nampak asli tapi selalunya tiruan kata Pemuda UMNO.

Tidak semestinya produk dari Thailand atau siam tersebut benar-benar boleh dipercayai kerana kebanyakan “made in siam” ini nampak macam asli tapi sebenarnya tiruan.

Itu kata-kata Dr Razmin Zakry yang aku tak tahu dari mana asal usulnya dan Doktor apa dia ni, dalam website Pemuda pondan eh silap.. Pemuda UMNO hari ini yang mempertikaikan kredebiliti dan kebolehan Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasuna.

Dr Pornthip Rojanasuna saksi profesional bagi pihak keluarga Teoh Beng Hock telah memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri..


OKT 22 — Memang sesuatu yang agak pelik dan meragukan. Tanpa memeriksa dan membedah siasat mayat Teoh Beng Hock, dengan tidak pergi melawat tempat kejadian di tingkat 14 Plaza Masalam dan tidak dibekalkan beberapa dokumen relevan, seorang pakar dari Thailand yang dibawa Kerajaan Negeri Selangor, Dr Porntip Rojanasunan membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Faktanya, Dr Porntip sebenarnya tidak dapat melakukan proses bedah siasat kerana keluarga Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, mahu mayat Teo dibawa segera ke Melaka untuk urusan pengkebumian.

Ini bermakna tidak berlakunya proses bedah siasat yang dilakukan Dr Pornthip iaitu Pakar Patologi dari Thailand tetapi hanya melibatkan empat doktor bedah dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang.

Maksudnya Dr Pornthip tidak melakukan pemeriksaan pada fizikal Teoh tetapi hanya memberi pandangan di dalam inkues mungkin menggunakan laporan siasat pihak ketiga iaitu empat pakar bedah yang disebutkan tadi dan berpandukan kepada gambar-gambar tempat kejadian.

Jelas pendedahan ini amat meragukan apabila Dr Pornthip hanya mengulangi perkataan ‘mungkin’ terhadap hampir semua kenyataan beliau.

Perkataan ‘mungkin’ ini menandakan Dr Pornthip sendiri tidak pasti terhadap kenyataan beliau.

Sepekara lagi di dalam pendedahannya juga beliau tidak menyentuh mengenai aspek-aspek yang menyokong Teoh membunuh diri iaitu :

“Juga dari hasil DNA tidak ada terdapat kesan-kesan DNA dari pegawai SPRM dan juga kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan ia disebabkan oleh kesan jatuh”.

Amatlah pelik apabila Teoh dicekik dan dicederakan duburnya tetapi DNA si pelaku tidak ditinggalkan di tubuh badan Teoh.

Jika ada sarung tangan digunakan si pelaku dan senjata yang mencederakan dubur Teoh. Di manakah sarung tangan dan senjata itu?

Adakah kenyataan yang dibuat Dr Pornthip hanya ingin menimbulkan keraguan? Apatah lagi Dr Porntip adalah pakar yang dilantik kerajaan Selangor untuk memberikan pendapat berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang forensik setelah tidak berpuas hati dengan pandangan dua pakar patologi tempatan.

Ini umpama cerita satu kemalangan jalan raya, seorang mengulas kejadiaan kemalangan itu berdasarkan berita dan gambar yang disiarkan di akhbar manakala seorang lagi berada di tempat kejadian.

Masing-masing mengulas kejadiaan tersebut menerusi versi yang berbeza. Dalam soal ini versi mana yang boleh kita pakai dan boleh dipercayai.

Berkaitan dengan Thailand atau siam ini tidak semestinya produk dari negeri tersebut benar-benar boleh dipercayai kerana kebanyakan “made in siam” ini nampak macam asli tapi sebenarnya tiruan.

Tepuk Dada Tanya Selera!!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails