Saturday, October 17, 2009

Dimana Pak Lah?

Ke mana perginya Pak Lah? Majoriti perwakilan dan ahli Umno yang hadir dalam Perhimpunan Agung Umno 2009 tertanya-tanya ketidak hadiran bekas presiden dan Perdana Menteri Malaysia semasa Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan ucapan dasar yang pertama kalinya sebagai Presiden parti.

Sebelum ini, Pak Lah dan Tun Dr Mahathir Muhamad telah bersetuju untuk hadir dalam perhimpunan ini yang disifatkan kehadiran bersama dua tokoh bekas tokoh pemimpin Umno.

Bagaimanapun hanya Dr Mahathir yang hadir dalam majlis perasmian perhimpunan Agung Umno ini.

Pelbagai persoalan timbul di kalangan para perwakilan Umno berikutan ketidakhadiran bekas Presiden Umno ini. Mereka hairan memandangkan dua hari sebelum menjelang hari perhimpunan, Pak Lah sudahpun menzahirkan hasratnya untuk hadir.

Apakah Pak Lah sakit secara tiba-tiba sehingga tidak dapat hadir ke perhimpunan ini?

Apakah Pak Lah takut untuk bersemuka dengan Mahathir?

Mungkin Jeanne tidak membenarkan Pak Lah menghadiri persidangan ini?... mungkin tidak..

Mungkinkah Pak Lah merajuk atau kecewa dengan UMNO?

Atau mungkinkah Pak Lah TERTIDUR lagi??

Namun demikian ketidakhadiran Pak Lah tidak dipedulikan berikutan kehadiran Dr Mahathir dan isterinya..


UNDUR LAH PAK LAH.!!!

KOSONGKAN KERUSI PARLIMEN KEPALA BATAS TU..

BIAR UMNO TAHU SIAPA PAK LAH!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails