Friday, October 16, 2009

Dewan Ulama UMNO nak diwujudkan?

Selepas Najib menciplak tema "PAS FOR All" hari ini 16 Oct. Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya mencadangkan agar UMNO mewujudkan Dewan Ulama UMNO pula..

Berikut adalah berita yang telah disiarkan oleh mStar Online.

KUALA LUMPUR: Umno Pulau Pinang mencadangkan supaya parti itu menubuhkan Dewan Ulama Umno serta mempergiatkan usaha untuk mendekati golongan agamawan.

Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, langkah sedemikian perlu bagi memberi peranan yang khusus kepada golongan ulama Umno untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam.

"Kita perlu dekati golongan agamawan, kalau perlu, kita wujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.

Jelas beliau, ulama Umno boleh memainkan peranan dalam soal keagamaan kerana agensi-agensi agama rasmi sedia ada mengambil sikap 'jalan selamat' dengan enggan mengulas mengenai beberapa isu yang ditimbulkan.

"(Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul) Nik Aziz (Nik Mat) dah merapu, agensi agama rasmi pula ambil jalan selamat kerana tak mahu komen atau jawab beberapa isu, maka perlulah diwujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.




Dewan Ulama UMNO???

Siapa agaknya yang layak untuk mengepalai Dewan tersebut agaknya?

Hamid Othman Penasihat Agama Pak Lah yang dibayar elaun lebih RM27,000 sebulan.. suatu ketika dulu.

Atau Dr. Mashitah yang pernah mengeluarkan fatwa di Harian Metro pada 19 Jun 2005 membolehkan melacur dalam keadaan darurat?

Kenapa nama Nik Aziz di kaitkan disini sedangkan UMNO tidak pernah menerima pakai kata-kata dari TG Nik Aziz?

Dan bagaimana nak diujudkan Dewan Ulama sedangkan tiada ulama didalam UMNO,yang ada hanyalah setan-setan bisu yang tidak mampu dan beranipun untuk mengeluarkan fatwa tentang menutup aurat.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails