Sunday, October 4, 2009

Daki atau Lebam di leher Azeez ni?

Tengok daki ni.. err silap lebam ni bekas kena pukul.

BERNAMA melaporkan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam semalam, mengalami kecederaan tisu lembut selepas didakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang semalam.

Abdul Azeez berkata beliau dimasukkan ke HKL selepas muntah-muntah dan pitam di rumahnya di Subang Jaya sekembalinya dari pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan.


Dan di Port Dickson pula PAS mendakwa Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berbohong berhubung isu beliau dipukul oleh sembilan lelaki yang dipercayai penyokong PAS.

Malah Naib Presidennya, Salahuddin Ayub juga mendakwa Abdul Azeez sengaja mencetuskan provokasi dan mencari publisiti murahan.

"Beliau telah berbohong, beliau bercakap bohong dan beliaulah yang merupakan tokoh provokasi.

"Boleh saya katakan di samping pembohong, beliau juga merupakan pencari publisiti murahan... beliau sebenarnya tidak dipukul.

"Beliau sengaja lalu di kawasan yang telah diwartakan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan polis sebagai kawasan untuk penyokong Pakatan Rakyat... saya percaya beliau lakukan dengan niat," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PAS di sini hari ini.

Salahuddin berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden melibatkan Abdul Azeez yang mendakwa dipukul oleh penyokong PAS.

Menurut Abdul Azeez, beliau telah diserang oleh kira-kira sembilan orang lelaki yang memakai pakaian yang mempunyai logo PAS.

Jelas Salahuddin, beliau sempat bertemu dengan Abdul Azeez semalam di tempat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di dewan Majlis Perbandaran POrt Dickson dan menurutnya, beliau tidak nampak sebarang kesan lebam hasil daripada tumbukan seperti yang didakwa.


Ini buat Azeez.. kalau tak mahu disentuh atau tersentuh, kenapa perlu melalui kawasan yang memang padat dengan penyokong PAS/PR? Saja nak tunjuk kuat atau nak memulakan provokasi?

Cuba korang tengok gambar dibawah tempat dimana Abdul Azeez sengaja melaluinya untuk kekawasan BN..



Sukar hendak melalui kawasan yang padat dengan penyokong PAS dan PR ni,lagipun kalau nak ketempat puak UMNO tu.. terpaksa mendaki bukit.. tengok gambar bukit dibawah ni..


Kalau terpaksa pun melalui pun kenapa mesti lalu kawasan penyokong PAS sedangkan dia boleh lalu di kawasan sebelah iaitu jalanraya besar seberang jalan. gambar bawah ni


Kalau nak bohong pun pun.. buat lah bagi real sikit..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails