Sunday, October 11, 2009

Cubaan Samseng nak tunjuk Samseng!!


Insiden berdarah hampir berlaku berhampiran bilik gerakan PAS/PR tidak jauh daripada PD Marina Resort awal pagi ini. Kekecohan kecil bermula dengan tindakan biadap seorang daripada remaja skuad baju hitam dengan armband merah ditengah-tengah kumpulan petugas dan penyokong PAS. Keadaan menjadi tegang apabila skuad samseng UMNO itu dikerah beramai-ramai menyerbu bilik gerakan PAS dengan dakwaan bahawa seorang ahli mereka telah dicederakan oleh penyokong PAS.


Pasukan polis yang berada di tempat kejadian untuk mententeramkan keadaan turut diasak oleh kumpulan besar skuad remaja itu. Dua orang blogger yang terperangkap dalam kesesakan akibat insiden itu telah mendengar kata-kata bersifat menghasut yang diucapkan oleh petugas-petugas UMNO dewasa.

Antara kata-kata itu ialah, “Asak je! Jangan takut, polis sebelah kita!” Walaubagaimana pun, cubaan skuad remaja itu untuk bertempur dengan penyokong PR dapat dihentikan oleh pihak polis setelah remaja-remaja samseng itu mengasak benteng pasukan polis beberapa meter sehingga sangat hampir dengan kedudukan penyokong-penyokong PR.

Team PerakExpress yang turut terperangkap dalam kesesakan jalanraya di tempat kejadian dapat melihat puluhan remaja bermotosikal skuad baju hitam dengan armband merah bergerak kembali ke bilik gerakan UMNO berdekatan. Kebanyakan remaja tersebut adalah dalam lingkungan usia belasan tahun dan awal dua puluhan. Dipercayai sebahagian besar mereka masih bersekolah.


Oleh CyberBoron

Dan gambar kat bawah ni UmmiAnni yang ambik. Dia berada tak jauh dari tempat kejadian. Dia terkepung di belah geng Umno. Jadinya gambar-gambar kat bawah adalah gambar suasana di sebelah geng Umno.









Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails