Tuesday, October 27, 2009

Benarkah Mustafa Kamil Ayub akan melingkupkan PKR Perak?

Pada 25 Oktober 2009 yang lalu Dato Seri Wan Azizah yang juga dikenali sebagai Kak Wan Presiden Parti KeAdilan Rakyat telah mengumumkan beberapa perubahan pada kepimpinan PKR di peringkat negeri bagi memantapkan lagi gerak .

Di Sabah Thamrin Zaini bagi menggantikkan Azmin Ali sebagai Pengerusi PKR Sabah yang baru.


Manakala di Sarawak pula, Baru Bian mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Sarawak daripada Mustafa Kamil Ayub.

Di Melaka Ketua AMK Syamsul Iskandar mengambil alih jawatan Pengerusi PKR dari Khalid Jafaar.

Dato Seri Wan Azizah juga telah mengumumkan TKM1 Pulau Pinang Dr. Mansor Othman akan menggantikan Dato Zahrain Mohammad Hashim sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang dan Abd Rahman Yusof sebagai Pengerusi PKR Terengganu manakala Pengarah Pilihanraya PKR Saifuddin Nasution sebagai Pengerusi PKR Kelantan.

Tahniah buat semua yang telah dilantik! Jalankan tanggungjawab anda sebaik yang mungkin demi kebaikkan PKR dan rakyat yang menyokong PKR dan PR.

Tetapi dalam senarai perlantikan itu yang paling menimbulkan kontroversi dan dipertikaikan ialah Mustafa Kamil Ayub yang telah dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak yang baru.

Kenapa Mustafa Kamil Ayub dipertikaikan?


Mustafa Kamil Ayub dipertikaikan oleh sesetengah pihak kerana katanya Mustafa Kamil Ayub dikatakan tidak pernah terlibat dalam meningkatkan prestasi PKR Perak.

Tiada jasa-jasa Mustafa Kamil Ayub dalam PKR Perak walaupun ketika menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PKR Perak.

Malahan semasa menjadi Ketua Bahagian Kuala Kangsar ataupun Ketua Bahagian Pasir Salak, beliau tidak pernah hadir mesyuarat Perhubungan Negeri.

Hanya hadir di Perak kalau dijemput berceramah.

Mustafa Kamil Ayub dianggap pemimpin elit…hanya bergayut diketiak Anwar. Tak ada track record yang boleh dibanggakan kecuali membodek Anwar.

Pernah dilantik jadi Ketua Perhubungan Negeri Terengganu, tapi PKR Terengganu lingkup. PKR Trengganu tolak dia. Kemudian dilantik jadi Ketua PKR Sarawak…apa jadi kat PKR Sarawak? Gabriel Adit keluar parti dan nak tubuh Pakatan Rakyat Sarawak. PKR Sarawak tak mahu Mustafa Kamil.

Ada juga yang mengatakan Mustafa Kamil Ayub ini tingkah lakunya adalah lebih kurang sama dengan Hj Osman Pengerusi PKR Perak yang lalu.

Hj Osman dikatakan hanya pandai mengambil hati DSAI, tidak suka turun padang untuk bertemu dengan akar umbi, sombong dan tiada tokoh sebagai pemimpin, lebih sesuai dijadikan sebagai pemimpin Parti dan bukannya pemimpin Rakyat.

Malah tiada tindakan yang diambil oleh Hj Osman untuk mempersiapkan PKR dalam menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil DUN Perak ketika kedengaran khabar angin mengenainya suatu masa dulu.

Hj Osman juga dikatakan hanya mahu melibatkan diri dalam Majlis-majlis besar yang melibatkan DSAI atau pemimpin-pemimpin besar Pakatan Rakyat sahaja.

Benarkah tuduhan-tuduhan itu?

Bagi aku yang pernah berurusan secara rasmi dan juga tidak rasmi dengan Mustafa Kamil Ayub ini beberapa kali semasa PRK Permatang Pauh dan juga PRK Penanti persepsinya adalah sebaliknya pula..

Pada pandangan aku.. beliau adalah antara pemimpin tertinggi dalam PKR yang lebih mudah untuk didekati jika dibandingkan dengan segelintir pemimpin tertinggi PKR yang lain.

Boleh mendengar dan menerima pakai cadangan dari akar umbi malahan sanggup menerima kritikan demi kebaikkan parti (dah kome tanya… aku hentam le yob! )

Mungkin penampilannya yang sedia ada menampakkan yang beliau itu dari golongan elit . Tambahan pula kehadirannya dengan Merc bersama tiga orang sahabat merangkap pemandu dan juga bodyguard.

Atau mungkin juga layanan yang aku terima dari Mustafa Kamil Ayub berbeza dari apa yang penyokong PKR Perak terima kerana aku dari PKR Permatang Pauh?

Tentang hanya kelihatan bila DSAI atau pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat ada itu sudah menjadi budaya didalam PKR walau dimanapun terutamanya di Cabang Permatang Pauh.

Hanya mahu menunjukkan kepada DSAI atau Pemimpin-Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat yang mereka-mereka itu boleh bekerja dan perkataan yang sesuai bagi mereka ialah HIPOKRIT!

Walaubagaimanapun apa salahnya jika kita memberikan beliau peluang, peluang untuk membuktikan bahawa beliau telah belajar dari pengalamannya ketika berada di Perak dan Sarawak..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails