Thursday, October 29, 2009

Alhamdulillah! Semuanya baik..

Alhamdulillah!! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Setelah bermesyuarat hampir 4 jam, tiada berita yang menggemparkan...


Berita dari MSO.

Jam: 1:15 am Mesyuarat khas Pas baru saja selesai kira-kira 15 minit tadi. Permintaan agar diadakan EGM seperti mana dicadangkan Nik Aziz tidak menjadi isu utama dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira 4 jam setengah itu. Sebaliknya apa yang menjadi tumpuan ialah kepada Dr Hasan Ali.

Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat.

Alasan Abdul Hadi kalau ada tuduhan penyiasatan perlu dilakukan. Sehubungan itu Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatn ke atas Hasan.

Dalam pada itu mesyuarat itu juga bersetuju agar Pas mengadakan Seminar Politik. Tujuan seminar ini ialah untuk mendidik ahli Pas dan secara tidak langsung mengeratkan perhubungan sesama pemimpin. Seminar itu dijangka akan diadakan pada 7 Disember depan sebagai ganti EGM.

Prof Abdul Aziz Bari dicadangkan dipanggil untuk memberi pandangannya dalam seminar berkenaan.


Berita dari ali baganutama

Kenyataan dari keputusan meeting malam tadi telah dikeluarkan.

1] Perkukuhkan Pakatan Rakyat. Semua pimpinan dan ahli PAS diminta beriltizam untuk untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu seminar khas mengenai pengukuhan Pakatan rakyat akan dilangsungkan. Penulis merasakan seminar itu adalah seminar yang sama yang akan dijalankan pada bulan Disember nanti.

2] Satu lembaga displin dibentuk dengan diketuai oleh Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menangani isu-isu displin yang sedang berlaku di Negari selangor.

3] Isu Unity Government atau Kerajaan Perpaduan sudah tidak berbangkit lagi. Tiada lagi kerajaan perpaduan selepas ini.

*Mustafa Ali, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslam Sms masih lagi mengekalkan status quo masing-masing.


Gambar adalah hasil kerja Saudara Panzer UO.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails