Monday, September 14, 2009

UMNO minta nyawa....

KUALA LUMPUR, 13 Sept - Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin meminta rakyat terutamanya orang Melayu di peringkat akar umbi memberi peluang kepada Umno untuk berubah.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata kepimpinan Umno kini sedang dalam peringkat memperbaiki kelemahan mereka dan mahu rakyat khususnya di peringkat akar umbi untuk terus menyokong proses perubahan ini.

"Kami akui pemimpin seperti kami punya banyak kekurangan dan kelemahan. Bagilah peluang kepada kami untuk berubah demi kebaikan rakyat di masa hadapan," katanya ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan masjid dan surau Nur Ramadan anjuran Umno Bandar Tun Razak di sini pada hari Ahad.

Katanya orang Melayu mesti terus bersatu supaya kepentingan umat Islam di negara ini sentiasa terjamin dan tidak terabai.

Pada majlis itu, Raja Nong Chik menyampaikan sumbangan berbentuk hamper makanan kepada 218 penerima terdiri daripada imam-imam masjid dan surau, ibu tunggal, warga tua dan anak-anak yatim di sekitar kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

Bernama

Pertanyaan saya untuk anda semua.Perlukah UMNO/BN di beri peluang lagi setelah diberikan peluang selama 52 tahun dah???

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails