Friday, September 11, 2009

Sokong PAS jika benar UMNO Parti Islam!!!

Banyak pihak terutama dari kalangan pemimpin Parti Islam SeMalaysia menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya seru ahli-ahli UMNO menykong perjuangan PAS jika benar UMNO sebuah parti Islam.

UMNO juga perlu berani mengubah dasar perjuang UMNO yang berteraskan kepada nasionalisme kepada Islam jika jujur berkehendakkan Islam dan supaya UMNO tidak dilihat sebagai parti munafik yang cakapnya lain tetapi tindakannya lain.

"Jangan semata-mata kerana hendak bersaing dengan PAS, Najib sanggup mengelirukn rakyat dengan menbuat dakwaan palsu kerana setiap dakwaan itu akan dipertangungjawakan didepan Allah s.w.t. Jangan semata-mata nak tunjukkan UMNO lebih Islam dari PAS demi dengan mengaburi mata rakyat Islam untuk menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang," ujar seorang pensyarah sebuah universiti tempatan yang jug seorng pemimpin PAS Kawasan.

Najib semalam di laporkan berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.

Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.

Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam.

Dalam ucapan itu sekali lagi pemimpin Umno mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam tetapi menegaskan "tidak rela Umno dihina".

Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.

Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.

"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.

Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails