Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya...

Pesan Imam Al-Ghazali,
Yang dekat itu MATI, yang jauh itu MASA, Yang besar itu Nafsu, yang berat itu AMANAH, yang indah itu SOLAT, yang tajam itu KEYBOARD (sebenarnya yang tajam itu LIDAH tapi untuk menyesuaikan dengan keadaan aku tukar jadi Keyboard pasal aku tak bercakap.. aku guna keyboard untuk menterjemahkan apa yang aku nak cakap....)

Jadi oleh sebab itu izinkan kedua tapak tangan aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf untuk tulisan yang terlanjur...




Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan buat semua yang sudi menziarahi blog ini..

Antara banyak-banyak sms mengucapkan selamat menyambut Hari Raya yang aku dapat.. salah satu yang aku rasa paling best ayatnya aku publish kat bawah..

Masak lemang Sambil berdiri
Hendak dimakan diAidilfitri
Nak hantar kad raya Posmen dah cuti
Hanya termampu sms dapat kuberi

Bukan lupa ikut tradisi
Tapi ikut teknologi
Yang ada dihujung jari
Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails