Thursday, September 24, 2009

Samy.. habis la hang! Najib dah jumpa parti baru ganti MIC.

Najib telah dijemput sebagai VIP untuk melancarkan parti untuk masyarakat India yang baru ditubuhkan oleh bekas kepala Hindraf di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang bulan depan iaitu Parti Makkal Sakti Malaysia.

Secara tidak langsung ini membuktikan yang Najib tidak lagi bergantung harap kepada MIC dan MCA dalam memenangi hati masyarakat bukan Melayu.Strategi yang sama dengan bapaknya dulu iaitu TUN Razak yang menjemput berbagai-bagai parti politik untuk menyertai BN.

Selepas tsunami 2008 yang menyaksikan sekutu-sekutu UMNO dalam BN seperti MCA, MIC, PPP dan juga Gerakan mengalami kekalahan UMNO kini mencari dan membentuk sekutu yang baru.

Makkal Sakti akan turut berkempen di Bagan Pinang bagi membantu BN memenangi kawasan itu.

Dengan kegagalan reformasi dan perubahan dilakukan dalam MIC dan juga PPP yang dipimpin oleh Samy Vellu dan M. Kayveas, UMNO menjangkakan Makkal Sakti mampu mengambil alih peranan kedua-dua parti itu..

Menurut presiden Makkal Sakti R.S. Thanenthiran mereka telah bergerak secara diam-diam untuk merekrut sehingga melebihi 50,000 ahli.

lagi korang pi baca kat sini.


Habis la hang Samy!!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails