Wednesday, September 23, 2009

Yang mendedahkan disiasat.. yang terdedah??

Nampaknya sekarang di Negara kita ni yang mendedahkan dokumen mengenai kesalahan orang lain lebih bersalah dari yang melakukan kesalahan yang didedahkan, aku kata macam ni pasal Polis akan menyiasat sesiapa saja yang terlibat berhubung pendedahan dokumen pasal PKFZ oleh Malaysia Today..tapi yang melakukan kesalahan seperti tercatit dalam dokumen tu, tiada sebarang tindakan diambil pun..

Apa punya cerita ni..


KUALA LUMPUR, 23 Sept - Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes berhubung penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sebuah laman web baru-baru ini akan dipanggil bagi memberi keterangan.

Bagimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa yang akan disoal untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini pada hari Rabu.

Kertas Kabinet mengenai PKFZ itu disiarkan di sebuah laman web didakwa sebagai Memorandum Daripada Menteri Kewangan berhubung PKFZ yang tertakluk kepada OSA.

Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana bimbang ia akan menganggu siasatan.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails