Sunday, September 20, 2009

MCA : Keputusan Presiden dibakul sampahkan.

KUALA LUMPUR, 19 Sept - Jawatankuasa Pusat MCA (CC), badan tertinggi dalam membuat keputusan parti, pada hari Sabtu menolak keputusan awal Majlis Presiden (PC) untuk memecat bekas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Sebaliknya, selepas bermesyuarat selama tujuh jam, CC telah mengambil keputusan untuk menggantungkan keahlian Dr Chua selama empat tahun berkuatkuasa serta merta walaupun bekas Menteri Kesihatan itu tidak mengemukakan rayuan.

"CC secara sebulat suara menggantungkan Dr Chua selama empat tahun mulai hari ini dan jawatan dia dalam parti turut digantung," kata presiden Datuk Seri Ong Tee Keat kepada pemberita di sini.

Sementara itu, salah seorang penyokong Dr Chua dan watak penting dalam mengusahakan EGM, Loh Seng Kok, berkata adalah tidak sesuai lagi untuk CC menyemak semula keputusan pemecatan itu kerana Dr Chua membiarkan EGM memutuskan nasibnya dalam parti.

"Tindakan menyemak keputusan pemecatan Dr Chua dan menggantikan dengan penggantungan adalah bermakna untuk menghalangnya daripada bertanding pada pemilihan parti akan datang. Ia bermaksud mendapatkan simpati untuk Ong," katanya.


BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails