Sunday, September 27, 2009

Mahadet suruh Samy cuti 20 tahun...

Mungkin kerana perasaan menyampah yang tak terhingga Mahadet kepada Samy Vellu yang tidak dapat disembunyikan lagi..

Ketika ditanya mengenai cadangan Presiden MIC Samy Vellu untuk bercuti selama dua bulan daripada melaksanakan tugas-tugas sebagai Presiden parti, Tun Mahadet berkata tempoh itu tidak mencukupi.

Mahadet kata sepatutnya ia dilanjutkan kepada kira-kira 20 tahun, dua bulan tidak cukup.

Dia sudah duduk di situ (jadi presiden MIC) 30 tahun, jauh lebih lama dari saya. Saya 22 tahun pun sanggup letak jawatan (sedangkan) masa saya letak jawatan bukanlah orang benci sangat tapi saya letak jawatan. Selagi dia duduk di situ lagi lama, lagi orang benci,"

Mahadet juga berkata kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, pada Sabtu lalu, penubuhan parti Makkal Sakhti sebagai satu langkah yang baik dan perlu sebagai langkah mengekalkan sokongan kaum India terhadap kerajaan.

Ditanya sama ada penubuhan parti itu akan memberikan kesan terhadap pengaruh MIC selaku parti utama kaum India di negara ini, Mahadet berkata,:"Saya fikir pengaruh MIC sudah semakin luntur.

Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin pertubuhan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang telah diharamkan tahun lalu.

Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lepas, diterajui oleh bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R.S Thanenthiran.

Laki Rosmah dijadualkan melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini - pada 10 Okt ini di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.


Berita asal BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails