Sunday, September 6, 2009

Lagi Pilihanraya Kecil? Mungkinkah yang Ke 10 di N10 (Seberang Jaya) ?

Sebahagian dari berita yang dipetik dari Sinar Harian hari ini (06 Sept 09)

Ketika ditemui Sinar Harian, ADUN BN dari UMNO itu melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang termasuk dari segi menyalurkan bantuan tertentu untuk faedah rakyat di kawasannya.

Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh atau tekanan pihak tertentu untuk meminggirkannya daripada arus politik UMNO di peringkat Bahagian akibat kurang persefahaman dan perbezaan pendapat atau pendirian.

Mana boleh bantuan cuba disekat untuk ADUN tertentu kerana semua ini adalah untuk keperluan rakyat. Kenapa sesetengah peruntukan tidak boleh disalurkan terus kepada saya atau penduduk di kawasan saya tetapi perlu dirujuk kepada orang tertentu terlebih dahulu. Jika tidak mendapat ‘perkenan’ daripada mereka, maka bantuan itu tidak akan sampai ke kawasan saya,” katanya.

Menurutnya, walaupun perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi ia kini menjadi amalan mereka dan begitu ketara sejak pilihan raya umum lalu.

“Kenapa ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap sesetengah ADUN dibiarkan berterusan kerana ia turut memberi kesan kepada saya untuk membantu rakyat.

“Ini tidak adil kerana agensi Kerajaan Persekutuan tertentu tidak mahu memberi sokongan dan bantuan secara terus kepada saya dalam menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

“Mereka kini seolah-olah dilihat mencampuri urusan politik dan menyebelahi pihak tertentu dalam pergolakan yang berlaku,” katanya.

Jika masih tiada perubahan, saya akan meletak jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri ini agar diganti dengan wakil rakyat baru yang lebih sealiran dengan pihak tertentu,” katanya.


Dari kenyataan-kenyataan diatas aku yakin bahawa ADUN yang mengeluarkan kenyataan itu ialah YB Ariff Shah (N10 Seberang Jaya) dalam Parlimen Permatang Pauh.

Kerana menurut sumber yang boleh dipercayai beliau pernah menyatakan bahawa semua peruntukan dari Pusat untuk kawasannya disalurkan melalui ketua Bahagian UMNO, dan terpulang kepada budibicara Ketua Bahagian itu samada untuk menyerahkan kepada beliau atau tidak.

Selain dari dia.. Mana ada Wakil Rakyat dari UMNO yang memikirkan kesusahan rakyat dikawasan mereka??

Beliau memang tidak disukai oleh lain-lain orang UMNO yang berjawatan di Bahagian kerana pendapat mereka memang berbeza.. depa dengki kat YB la tu..

Ariff Shah adalah Wakil Rakyat yang amat dihormati oleh segenap masyarakat di Seberang Jaya baik dari BN mahupun Pakatan Rakyat.. Satu-satunya Wakil Rakyat yang sering turun padang bagi menyelesaikan sebarang masaalah yang dihadapi oleh masyarakat Seberang Jaya. Mudah menghadiri sebarang majlis kenduri kalau dijemput, dan antara yang terawal akan sampai jika mendapat berita tentang kematian yang berlaku.. Tapi masih gagal menandingi pengaruh DS Anwar Ibrahim.. he.. he..

Beliau juga merupakan satu-satunya Wakil Rakyat dari UMNO yang tidak kisah untuk berjemaah di sebarang Masjid dikawasan DUN Seberang Jaya.. termasuklah Masjid Batu kampung Pertama.. Wakil Rakyat UMNO lain?? jangan harap la...

Kalau beliau benar-benar meletakkan jawatan, sekaligus menyebabkan PRK akan diadakan lagi maka lengkaplah PRK dijalankan di Permatang Pauh. Bermula dari P044 (Permatang Pauh) kemudian N12 (Penanti) dan N11 (Permatang Pasir), mungkinkah PRK N10 (Seberang Jaya) pula?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails