Wednesday, September 9, 2009

KEPALA LEMBU : Kenapa ketua Pemuda UMNO Selayang tidak didakwa?

Selepas khalayak percaya beberapa insiden ekstrem di Selangor, mereka sekali lagi bertanya mengapa dua lagi individu yang dikatakan pemimpin UMNO negeri tidak didakwa.

Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah pagi tadi mendakwa terdapat ‘pendakwaan terpilih’ dalam kes demontrasi mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah 28 Ogos lalu.

“Ini bagi saya adalah pendakwaan terpilih. Dia (Ghani) tidak benar-benar kenal pasti siapakah dalang yang menyusun (merancang) kejadian yang berlaku itu.”

Bercakap dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, beliau yang juga peguam dan aktivis hak asasi manusia turut melahirkan rasa hairan terhadap Polis yang gagal mengenalpasti dua lagi pemimpin UMNO negeri; yang didakwanya sebagai dalang aksi ekstrem tersebut.

“Saya hairan kerana ada 2 muka ini yang dikenal pasti terlibat. Satu - Sohaimi Shahidan iaitu Ketua Pemuda UMNO Selayang yang jelas kelihatan dalam klip video. Seorang lagi (ialah) adik ADUN Kota Anggerik Dato’ Nawawi Md Zain (yang bernama) Hj. Azmir Md Zain yang kelihatan memijak kepala lembu pada masa kejadian.”

“Kedua-dua ini yang jelas kelihatan secara aktif, tidak didakwa. Apakah tujuan sebenar pendakwaan ini?”

Tanpa menyebut nama sesiapa pun, Sivarasa juga mendakwa aksi akstrem serta 2 individu yang dilindungi itu sebenarnya dilindungi sendiri oleh beberapa pemimpin UMNO bahagian.

“Sebenarnya itu (perarakan) tidak boleh terjadi, kecuali mendapat ‘lampu hijau’ daipada orang atasan.

Menurut sumber dalaman UMNO Shah Alam, semalam ada suatu pertemuan sulit antara Pegawai Polis Daerah Seksyen 11 Noor Azam Jamaluddin dan beberapa Ketua Bahagian UMNO Shah Alam.

Beliau yang mendakwa dirinya ahli UMNO Seksyen 16 dan enggan namanya didedahkan berkata, selain Hj. Azmir, Ketua Bahagian UMNO Seksyen 16, 17, 18, dan 24 antara yang hadir.

Dalam pertemuan sulit itu, pihak Polis menjelaskan bahawa mereka yang terbabit tidak dapat lari lagi dari pendakwaan; sama ada di bawah Akta Hasutan atau Akta Polis.

Bagaimana pun, mereka hanya akan dikenakan denda atau ikat jamin berupa wang dan UMNO Selangor berjanji untuk melunaskan semua perbelanjaan yang bakal dialami semua Orang Kena Tuduh (OKT) terbabit.

Beliau turut menasihatkan agar tiada pendedahan lagi dibuat, kerana rata-rata yang terbabit mempunyai hubungan langsung dengan beberapa semi kongsi gelap Melayu, di sini.

Mereka yang didakwa adalah Timbalan Pengerusi Angkatan Tindakan Mempertahankan Hak Orang Melayu (ATOM) Rahimuddin Md. Harun, Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PeWARIS), Setiausaha Gabungan NGO Malaysia Mohd Zurit Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Seksyen 23 Mahyuddin Manaf dan Timbalan Pengerusinya Ibrahim Sabri; dan Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23 Zainudin Md. Yusuff.

Ketua Unit Pendakwaan Pejabat Peguam Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah menjelaskan pendakwaan tersebut yang sepatutnya berlangsung semalam, terpaksa ditunda ke hari ini disebabkan ada dalam kalangan mereka gagal dikesan.

Dalam perkembangan berkaitan, Polis menjelaskan mereka yang terbabit akan didakwa di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis. Polis juga menjelaskan bahawa empat daripada 12 OKT sudah direman semalam.

Peguam Negara Abdul Ghani Patail sebelum pada itu, menjelaskan bahawa mereka ini akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan beberapa klip video youtube 29 Ogos lepas, harakahdaily mendedahkan aksi-aksi ekstrem beberapa demontran yang juga pemimpin UMNO negeri.

Mereka yang terbabit juga dikenal pasti mendalangi aksi kecoh dalam dialog penduduk Seksyen bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa bahawa segala yang berlaku itu merupakan usaha terbaru UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Perhimpunan kira-kira 50 orang mengarak kepala lembu yang masih berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan pejabat Menteri Besar, ekoran cadangan PKNS untuk memindahkan kuil berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, di sini.

Jika benar wujudnya ‘Pendakwaan Terpilih’ tersebut, maka badan perundangan negara pula mungkin disifatkan dalang seterusnya; setelah khalayak percaya UMNO terlibat dalam merancang beberapa insiden tersebut.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails