Thursday, September 24, 2009

ISA : Bebaskah Mat Sah jika masih dikongkong?


Adakah Mat Sah Mohd Satray bebas jika:

~ Perlu melapurkan diri di Balai Polis Ampang pada setiap hari Isnin.
~Tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kawasan pengawasan Balai Polis Ampang.
~Tidak boleh keluar dari rumah selepas pukul 10 malam.
~Tidak boleh memberikan ucapan kepada umum.
~Tidak boleh bercampur dengan orang-orang yang ternama (pemimpin PR la tu..)


Itu adalah antara sebahagian dari larangan-larangan yang perlu dipatuhi dan dipersetujui oleh Mat Sah Mohd Satray tahanan ISA yang dibebaskan dari Kemunting menjelang Aidilfitri yang lalu sehingga 12 Jun tahun hadapan bagi menjamin akan kebebasannya.

Larangan-larangan yang sama seperti system Parole yang digunapakai oleh US itu sebenarnya meletakkan beliau jauh dari mengecapi kebebasan sebenar sebagai seorang yang benar-benar bebas.

Mat Sah 46 tahun,dibebaskan pada 15 Sept. 2009 setelah ditahan dibawah ISA selama 7 tahun sejak 18 April 2002, kerana dituduh terlibat dengan pergerakan Jemaah Islamiyah yang telah diharamkan.

Dalam menyambut perayaan Aidilfitri setelah dibebaskan yang lalu, Norlaila Othman isteri kepada Mat Sah berkata dia gembira kerana keluarganya telah kembali bersatu, tetapi larangan-larangan yang dikenakan keatas suaminya menyebabkan sambutan perayaan mereka juga terhad.

“Kami bangun awal bersiap, Suami saya dan anak, Suhaibpergi kesurau yang berhampiran untuk menunaikan solat Aidilfitri manakala saya mengemas rumah. Selepas solat Hari Raya kami pergi kerumah Ayah kepada Mat Sah diKampung Pandan dan berada disana hampir sehari suntuk bersama sanak saudara.

“Malangnya Mat Sah tidak boleh melawat pusara Ibunya yang terletak di Segambut bersama saudaranya kerana tanah perkuburan itu terletak diluar kawasan Ampang.

“Perayaan ini mungkin akan lebih bermakna jika Mat Sah dibenarkan bergerak dikawasan Parlimen Ampang dan bukannya dikawasan yang terletak dibawah bidang kuasa Polis Ampang.

“Saya juga tidak boleh untuk membawa Mat Sah ke Supermarket yang menjadi tempat kebiasaan saya membeli belah kerana walaupun ianya terletak dibelakang rumah kami kerana ianya terletak didalam Setiawangsa.

“Bukan saja Hari Raya, Perintah larangan ini juga membuatkan kami sukar untuk meneruskan kehidupan kami seperti biasa.

Ketika isterinya risau tentang suaminya menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang telah banyak berubah Mat Sah lebih bimbang tentang bagaimana untuk mencari pekerjaan bagi menyara keluarganya.

Sebelum ditahan dibawah ISA beliau merupakan seorang juruteknik di Dewan Bahasa dan Pustaka dan dia tidak yakin yang beliau akan mendapat semula jawatannya itu semula.

“Saya agak sebagai bekas tahanan ISA, orang akan ragu-ragu untuk menerima saya berkerja untuk mereka, memandangkan bagaimana isu ISA dimainkan oleh Media, Siapa boleh salahkan mereka?


Diterjemahkan dari Malay Mail


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails