Wednesday, September 16, 2009

F1 1Malaysia.. Kaya sangat ka negara kita ni??




PUTRAJAYA: Pasukan F1 1Malaysia akan membuat penampilan sulung dalam Kejuaraan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mulai tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata projek itu menggabungkan teknologi Proton dan Lotus, kepakaran Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Petronas dan Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) serta bantuan SIC, Persatuan Permotoran Malaysia dan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia.

Pasukan itu turut mendapat kerjasama tiga tokoh korporat, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes; timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Mengenai kos yang akan dikeluarkan oleh kerajaan dalam projek itu, Najib berkata: "Ia dilakukan melalui Proton, saya tak tahu kalau mereka (syarikat) hendak berikan angka."

Menjawab soalan, Perdana Menteri berkata, projek itu bukan pembaziran kerana ia membabitkan sektor swasta dan akan memberi pendedahan yang besar kepada Malaysia, khususnya jenama Proton dan Lotus.


Berita Harian


Aku cuba untuk berfikiran positif dalam perkara ini, tetapi bak pepatah cubalah "ukur baju di badan sendiri" Najib oooiiiiii....., bukannya di badan orang lain, awat la... bingai sangat, kata "Rakyat di dahulukan" dan cuba dahulukan rintihan Rakyat seperti yang di bawah ini.

Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang dalam kemiskinan, dalam setiap pelusuk kampung, setiap desa, setiap daerah, setiap bandar, setiap negeri dan dalam 1Malaysia ini. Mereka-mereka ini yang harus didahulukan dari setiap peruntukkan berjuta-juta yang hendak kau laburkan dalam projek F1 Team, yang tidak memberi makna kepada Rakyat Malaysia.

Hanya segelintir keparat yang mendapat nama, sedangkan ratusan malahan jutaan rakyat yang merintih kelaparan. Alangkah bagusnya dengan pengaruh yang ada sebagai Piem, jikalau kau nasihatkan semua korporat yang terlibat dan juga Proton yang menanggung segala kos untuk F1 Team menyalurkan sumbangan mereka kepada Rakyat Miskin.

Janganlah kau bagi jawapan "kita mempunyai Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat", untuk pengetahuan kau..., kedua-dua badan ini tak berguna seduit pun, apatah lagi dengan adanya campur tangan politik baik dari YB-UBN mahupun YB-PR..., kedua-duanya mementingkan kroni masing-masing sahaja.

Pusat Zakat yang memperolehi kutipan berjuta-juta setahun pun tak tahu kemana hasil kutipan tersebut disalurkan, ada juga kedengaran sok sek mengatakan Pusat Zakat memberi bantuan kepada fakir di Acheh (masih dalam siasatan untuk kesahihan berita ini). Jikalau benar..., Pusat Zakat memang hampeh wal celaka..., kerana kera di hutan di susukan... anak dalam negara sendiri di biarkan merempat kelaparan. Akhirat nanti berjawaplah korang dengan Allah Taala.

Jabatan Kebajikan Masyarakat...? Malas aku nak cakap banyak... lebih baik dimansuhkan saja daripada bayar gaji buta kepada pengarah dan semua kakitangannya. Membuat pemilihan dan penilaian terpilih sahaja. Boleh dikatakan kebanyakkan sanak saudara dan kroni ketua kampung serta YB semuanya mendapat bantuan, yang tak layak pun boleh dapat juga. Sedangkan yang layak dipinggirkan, salah satu sebab ketara.... fahaman politik.

Sekarang ni Najib, kau nak F1 Team pulak....? Buang duit juta-juta dan hasilnya seperti Pasukan Bola Sepak Negara, buat perabih boreh saja.... satu lagi projek gajah putih... dari kerajaan 1Malaysia.

Formula One setiap tahun pun puas paksa semua ahli korporat beli tiket (sponsor) untuk menunjukkan adanya sambutan dari rakyat konon. Inikan nak menyertai Formula One...??? ha..ha..ha... Apa teknologi yang Proton ada untuk dibanggakan... sendiri bikin punya... tarak.....!!!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails