Tuesday, September 1, 2009

DUN Kota Seputed updated!!

Aku dah agak dah!!! Kalau depa menang PRK N11 hari tu, boleh jadi kosong kerusi DUN Kota Seputeh ni.. tapi depa kalah..

Takut kalah lagi punya pasal depa dah suruh cawangan depa (SPR) umumkan..

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak wujud kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh, Kedah dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

Oleh itu ia kekal milik Barisan Nasional (BN). Ia diputuskan pada mesyuarat khas selama empat jam yang diadakan sejak 10 pagi tadi.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif – dari Umno-BN – digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker.

Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

REAKSI SPEAKER

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail ketika dihubungi mStar Online juga mengesahkan keputusan SPR itu.

Katanya, pejabat beliau menerima faks daripada SPR kira-kira 5 petang tadi. "Rumusan makluman SPR itu ialah tidak wujud kekosongan (kerusi DUN Kota Seputeh) dan pilihan raya kecil tidak diadakan," katanya.

Ketika ditanya pendiriannya, Abdul Ishak memberitahu, beliau tidak dapat memberikan ulasan lanjut kerana belum menghalusi kandungan penuh. "Esok, selepas saya meneliti alasan-alasan yang diberikan oleh SPR, baru saya boleh berikan komen lanjut," katanya lagi.

Pada 18 Ogos lalu, Abdul Isa berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi.

Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi



sumber : mStar Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails