Thursday, September 24, 2009

Dr Hassan Ali mesti saman Raja Petra

Artikel Raja Petra Kamarudin bertajuk "Me serve the rakyat? Nah!" menggambarkan Dr Hassan Mohamed Ali dengan imej yang begitu menjijikkan.

Saya tidak tahu sama ada apa yang digambarkan itu benar atau tidak. Saya harap sangat tidak benar - walaupun saya terkenang-kenang posting Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang bertajuk "Impian saya" dan berita dalam Siasah bertajuk "Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad".

Raja Petra belum tentu tulis yang benar. Kalau dia memfitnahkan Dr Hassan, saya fikir Exco Kerajaan Selangor itu perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra. Soal anak raja Bugis itu menghilang tidak sepatutnya menjadi halangan kepada tindakan undang-undang itu. Dia boleh diwakili oleh peguamnya.

Dr Hasssan perlu membersihkan namanya yang kelihatan begitu buruk kelakunya dengan paparan artikel tersebut yang entah betul, entah tidak. Beliau perlu membuktikan kepada dunia dan lebih penting dari itu, kepada pengundi-pengundinya di Gombak Setia bahawa beliau bukanlah jenis perangai jijik seperti itu. Jika ada di antara 14,391 orang yang mengundi beliau dalam pilihan raya umum lalu yang membaca artikel Raja Petra itu, saya amat berharap mereka tidak mempercayainya.

Lebih baik lagi, saya harap sangat tidak ada seorang pun di antara mereka yang membaca artikel tersebut.

Jika mereka baca dan percaya, Dr Hassan will be another political demon. And, no same person will vote a political demon. Lainlah kalau depa tu semuanya kepala tak betul dan alumni hospital sakit jiwa.

Dengan harapan orang akan berpegang kepada sikap "dont kill the messenger," saya nak cerita apa yang orang Gombak Setia kata. Salah seorang dari mereka yang saya jumpa di gerai nasi lemak Leman di Greenwood kata, "Kita tetap nak PAS bertanding di Gombak Setia, tapi kita tak mau Hassan Ali. Kalau nak kena buat petition, kita buat petition".

Seorang lagi yang seperjalanan atas kereta tiba-tiba kata, "Aku sakit mata sangat tengok muka dia ni" ketika ternampak sign board besar yang terpampang wajah Dr Hassan.

Saya tidak jumpa semua orang di Gombak Setia. Saya juga tak berpeluang berbual dengan pemimpin-pemimpin PAS Kawasan Gombak. Hanya sempat bertegur-sapa sahaja walaupun, dari body language mereka, ada di antara mereka yang tengok saya macam tengok musuh Islam.

Dengan mengulangi sekali lagi bahawa saya tak jumpa semua orang di Gombak Setia, tetapi dari beberapa puluh yang saya jumpa, saya tak jumpa lagi yang tidak mengecam Dr Hassan.

Kalau apa yang tulis mengenai orang-orang Gombak Setia itu dipandang sebagai maklumat, saya harap ia membantu. Tetapi, kalau nak pandang sebagai kata-kata jahat, saya tidak ada halangan.



penarikbeca

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails