Sunday, September 27, 2009

Bagan Pinang : Saiful dengan liwatnya.. Ezam pulak Khianat la pulak..

Walaupun hanya sekadar menyemak dan menghabihkan boreh saja.. dan tidak membantu langsung BN dalam memenangi PRK di Parlimen Permatang Pauh yang lalu..

2 pelakon tambahan yang akan dijadikan watak utama dalam PRK N31 Bagan Pinang selain Mahadet dan dijangka muncul semula sebaik kempen PRK N31 Bagan Pinang bermula. 2 Nama yang menjadi popular kerana menumpang popularity Dato Seri Anwar Ibrahim itu merupakan nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia dan menjadi pujaan penyokong-penyokong UMNO ialah Mohd Saiful Bukhari Azlan dan juga Ezam Mohd Nor.


Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.

Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak.

Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang.

Kononnya..Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock.

Kenyataan Saiful ini bukan saja mengundang keraguan malah menimbulkan prejudis apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan PRK Bagan Pinang.

Manakala Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor yang telah kehilangan kotak-kotaknya kerana mendakwa kotak-kotak itu berada didalam simpanan Dato Seri Anwar Ibrahim ketika PRK Manek Urai baru-baru ini, kali ini dijangka akan membawa isu pengkhianatan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pula.

kerana menurut satu laporan berita beliau bersedia berbuat demikian kerana mahu bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan lebih banyak lagi tindakan khianat Anwar terutama terhadap orang Melayu.

Kononnya, sebagai contoh beliau berkata, Anwar pernah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan mendapatkan semaksimum undi kaum Cina serta India dalam satu mesyuarat yang turut dihadirinya.

Katanya ''Akhirnya saya keluar dari PKR apabila melihat Anwar sanggup menghina DEB iaitu sebuah institusi bagi orang Melayu. Saya tidak sangka dia bertindak sebegini rupa hanya semata-mata untuk mendapatkan undi Cina dan India.

Sebenarnya dari apa yang aku tahu Ezam keluar dari PKR kerana sakit hati bila kalah kepada Azmin Ali dalam pemilihan Naib Presiden PKR.



Sumber berita : Utusan Malaysia dan HarakahDaily.Net

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails