Tuesday, September 22, 2009

Bagan Pinang : Insyaallah..Anggota Tentera Bersedia berubah..

Angin perubahan sedang berlaku dikalangan anggota tentera dan mula bertiup dari Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PULADA) Kem Sirusa, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik yakin PAS mempunyai peluang yang cerah dalam Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang.

”Kita kalah 2,333 dan ada disana undi pos 5,000 orang, tetapi sebenarnya tidak mustahil kita boleh menang, kerana (pilihanraya umum) yang lepas kita dapat seribu lebih undi pos,

”pekerja (pilihanraya) kita (PAS) dah mula pergi kempen dekat pagar (kem) askar (tentera) sekarang, dan saya mendapat maklumat, memang askar-askar bersedia untuk membuat perubahan,” katanya ketika berucap dalam majlis Sambutan Eidul Fitri Alumni Pelajar Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah di sini, semalam.

Ketika ditemui selepas majlis tersebut, beliau berkata, keadaan kemudahan kehidupan dan prasarana dalam Kem Sirusa amat tidak memuaskan.

Katanya, hasrat ’mahu berubah’ sebahagian tentera dalam DUN Bagan Pinang telah disampaikan kepada PAS oleh para tentera diseluruh negara.

”Kemudahan dan prasarana untuk kehidupan askar yang ada di Kem Sirusa, memang tidak memuaskan (dan) itu (berlaku) sekian lama,

”maklumat ini kita perolehi dari kawan-kawan askar, yang ada diseluruh Malaysia memberitahu kepada kita tentang sebahagian daripada askar didalam kawasan Bagan Pinang ini mahu membuat perubahan,”ujarnya.

Katanya, beliau mendapat jaminan dari bekas-bekas pegawai tentera memberikan kerjasama kepada PAS bahkan mereka kini sedang berusaha bertungkus lumus, menggerakkan kempen di DUN Bagan Pinang.

Menurutnya, peluang PAS bagi menawan DUN tersebut dalam pilihanraya kecil kali ini cerah kerana PAS telah mempunyai asas sokongan sebanyak 20 hingga 25 peratus, melebihi seribu undi pada pilihanraya umum lalu.

Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang berkata, parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera sebagai sesuatu yang bercanggah dengan perlembagaan negara dan peraturan pilihanraya, bahkan boleh dianggap sebagai satu ugutan yang tidak patut dipatuhi.

”Tidak ada dalam perlembagaan atau dalam mana-mana undang-undang dalam negara kita, pengundi tidak boleh mendengar apa-apa pendapat atau kempen,

”arahan itu sebenarnya bercanggah dengan perlembagaan bahkan tidak ada dalam peraturan pilihanraya,

”Jadi kalau ada arahan sebegitu, makna arahan itu tidak patut dipatuhi, bukan sahaja melanggar etika tetapi melanggar peraturan dan boleh dianggap sebagai ugutan,”jelasnya.

Tegasnya, PAS akan terus berkempen dalam kem tentera kerana ia tidak akan menggugat keselamatan dan menurutnya ’track record’ PAS dalam kempen pilihanraya sebelum ini adalah bersih.


BuletinOnline

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails