Tuesday, September 15, 2009

Bagan Pinang : Apa diharap pada Angkatan Tentera?



Apa diharap padi seberang
Entah menjadi, entah kan tidak
Apa diharap Undi nya orang
Entahkan berani entah kan tidak..


Pada pilihanraya yang lalu sejumlah 4925 undi pos telah memberikan kemenangan kepada BN di Bagan Pinang. Undi Pos yang majoritinya datang dari ATM. Itu adalah fakta yang tidak dapat kita nafikan.

Kini sekali lagi kita akan menghadapi system ‘undi pos’ yang telah terbukti menyebelahi BN, walaupun pernah suatu ketika dahulu BN tewas di Lumut kerana undi pos, tapi semuanya berubah kepada asal bila pegawai pemerintah disitu telah berkata kepada anak buah nya. “ SAYA TAHU LEBIH DARI 60% PENGUNDI DISINI MENYOKONG PEMBANGKANG” dan hasil dari kata-kata tersebut maka pada PRU 12 undi Pos telah memenangkan kembali BN.

Apakah perlu kita merayu angkatan TM agar agar tetapkan pendirian dan fahamilah kehendak dan scenario politik semasa.? Sedangkan kita sedar wujudnya scenario seperti yang dinyatakan dibawah ini?

"Pasal undi Pos Polis Aku tak tau… Tapi Kalau undi Pos tentera aku pernah buat kerja tu. Pihak atasan tentera tidak akan memberi arahan kepada anggota bawahan utk undi Umno/BN.

Sebaliknya kami anggota 3 Div dan 10 Bgd Para (salah sorangnya aku anggota 10 Bgd Para sbg petugas SPR) diarahkan menukarkan semua kertas undi yg telah dibuang oleh anggota tentera kepada undi yg dipangkah dgn calon BN (ada anggota yg ditugaskan memangkah kertas undi BN).

Bukti kertas undi yg ditukarkan (dikeluarkan dr peti undi asal) pada pilihanraya 199X masih kami simpan di satu stor rahsia di kem terendak dan masih elok lg. kes terbaru ..pilihanraya baru2 ni… kertas undi ditulis nombor tentera… undi apa tu…

Oleh itu saya yakin PR mesti mendesak SPR supaya membuat perubahan drastik terhadap undi pos ini. Antara langkah yang mesti diambil serta merta ialah membenarkan pihak pengundi pos membuang undi di tempat pengundian biasa bersama-sama dengan pengundi biasa. "


Komen dipetik daripada pengunjung blog Mutaligat (Sofi Waha) yang mendedahkan penyelewengan yang berlaku tentang undi POS.

Perlukah kita ini Rakyat yang dahagakan pimpinan yang adil, Rakyat yang inginkan perubahan pentadbiran Negara, merayu kepada warga ATM yang terlibat untuk mengundi di Bagan Pinang memberikan undi mereka kepada PR sedangkan kita sedar tentang keujudnya scenario sebegini rupa dalam ATM yang telah berlaku disabah..


“KEDAULATAN rakyat di Sabah telah mencapai tahap bahaya apabila Tentera Bersenjata digunakan untuk memenuhi halatuju Politik terutama apabila fundamentalisme dan tanggungjawab utama mereka untuk mempertahankan keselamatan Negara dan keutamaan rakyat mula dipersoalkan.

'Serbuan' pegawai tentera bersenjata yang telah memaksa seorang penduduk tempatan, Datu Pengiran Ahmad Datu Ali Alam, seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), untuk menurunkan bendera parti yang beliau telah kibarkan dengan bangga di rumah beliau, adalah semata-mata mematuhi arahan of Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi melalui lawatan operasi “Ops Pasir”.
Arahan ini bukan sahaja perlakuan yang sangat besar dan tindakan menyalahguna kuasa, tetapi arahan ini juga, adalah penghakisan total hak dan pencabulan hak asasi rakyat dan hak kebebasan untuk berorganisasi dengan parti politik pilihan sendiri.

Adalah difahamkan bahawa pihak polis telah menyerahkan laporan polis yang dibuat oleh Datu Pengiran Ahmad kepada pihak tentera untuk tindakan selanjutnya. Saya juga telah diberitahu oleh Datu Pengiran Ahmad sendiri bahawa beliau juga telah ditawarkan oleh seorang pihak ketiga untuk membatalkan dan menarik kembali laporan polis tersebut.

Saya sungguh terkejut apabila mendengar berita ini, yang mana bagi saya sesuatu usaha untuk ‘menutup’ episod nista di muka bumi. Ini juga telah menyakinkan saya bahawa peristiwa ini mencerminkan tanda yang nyata bahawa regim pemerintah sangat takut kepada kedatangan pembangkang dan mereka sanggup membuat segala upaya untuk menimbulkan rasa takut atau membuat ancaman kepada rakyat yang menyokong pembangkang.

Ahli Dewan Tertinggi PKR, Haji Ansari Abdullah dan semua ahli pimpinan PKR di Sabah, telah memohon kepada pihak tentera untuk menghindari dari ‘mencampuri urusan’ politik di negeri ini. “

Dipetik dari Sabahkini

Kita harus sedar dalam etika mematuhi arahan pihak atasan tiada yang berbeza antara Polis dan juga Tentera…

Akhir kata..


Apa diharap padi seberang
Entah menjadi, entah kan tidak
Apa diharap Undi nya orang
Entahkan berani entah kan tidak..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails