Monday, September 21, 2009

Alasan-alasan baru dari Samy Vellu untuk terus menjadi Presiden MIC.

Hah!! Kali ini punyalah banyak alasan yang siSamy Vellu ni sediakan untuk tidak melepaskan jawatan Presiden MIC tu..

Sumber dari The Star 21 September 2009

Walaupun Samy kata kononnya “ Saya tiada masaalah untuk melepaskan jawatan Presiden MIC samada esok ataupun lusa, kerana saya tak mahu memegang jawatan tu sampai mati”

Tetapi… Samy Vellu telah menyediakan alasan-alasan baru untuk tidak melepaskan jawatan Presiden MIC.. dia kata dia akan melepaskan jawatan Presiden MIC jika G.Palanivel rasa dia dah bersedia untuk memegang jawatan President itu.

Kata Samy juga, kononnya “ Saya tiada masaalah untuk melepaskan jawatan itu, bukannya saya nak pegang jawatan tu sampai mati..tapi ada banyak benda yang perlu saya selesaikan dalam MIC dan juga masyarakat India”

Korang tengok dah 52 tahun MIC bersama BN memerintah Malaysia.. tapi masih banyak lagi masaalah masyarakat India ni.. tak habis-habis, pasal tu lah dia tak nak lepaskan jawatan Presiden MIC tu..tapi aku rasa sebenarnya semasa dia dihormati dulu, dia terlupa akan semua masaalah-masaalah tu, bila Mahadet suruh dia resign baru dia teringat semua masaalah tu..

Lagipun kata dia kononnya “ Saya kena pastikan semua masaalah selesai dan Parti berada dalam keadaan yang baik sebelum melepaskan jawatan President itu kepada penggantinya..”

Kalau nak tunggu semua masaalah selesai.. hang cakap saja lah Samy woi.. “Aku tak mahu lepaskan jawatan Presiden MIC tu”

Kata Samy lagi kononnya “ MIC akan menghadapi banyak masaalah, kalau saya berundur sekarang”

Tambahnya lagi “ Barisan kepimpinan MIC yang baru dipilih sekarang ini.. Muka saja nampak tua tapi masih mentah”

Bila ditanya mengenai pelan awalnya untuk berundur pada 2012 dia kata tak mahu kata apa-apa dah pasal pelan tu.. biarkan ia berlalu bersama angin yang lalu.. he.. he..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails