Saturday, August 15, 2009

Ustaz Salleh Man akan menentang Setiausaha Umno di Permatang Pasir

Tengok Back Drop pun dah tahu siapa calon.

PERMATANG PASIR, 14 Ogos - Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Ustaz Salleh Man sah akan berhadapan dengan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir yang bakal diadakan pada 25 Ogos depan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan Ustaz Salleh (Sebelah gambar Tok Guru tu) sebagai calon PAS dalam satu majlis di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir, sebentar tadi.

Ustaz Salleh, 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, pada pilihanraya umum ke 12, Mac 2008.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat

Penyokong Pakatan Rakyat yang mula tiba seawal jam 9.00 malam

Antara ribuan yang sabar menanti

Sabarnya mereka..

Pemimpin-pemimpin yang hadir..

Turut hadir dalam majlis pengumuman calon itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim mewakili Dato Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika nama Calon diumumkan



Kesesakan di Jalan Permatang Pasir

Gambar ni aku ambil dari atas lori Hj. Safar

Suasana ditepi jalan


Nak balik dah ni..

Sementara itu sebagai ‘kick-start’ program pilihanraya kecil Permatang Pasir satu program besar-besaran akan diadakan.

Ia akan dimulakan dengan Program Pelancaran Jentera Dan Bilik Gerakan PRK Permatang Pasir pada 16 Ogos 2009 (Ahad)

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Salleh Man... banyakkan senyum ya.

Berita dari : Buletin Online
Gambar : Aku sendiri

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails