Monday, August 10, 2009

NAJIB DIDEWAKAN di Batu Caves!!

Betul ka ayat yang aku guna untuk tajuk tu??

Apa komen mereka tentang ini??

Najib disambut di Batu caves sebelum berucap sempena karnival 1Malaysia di Kuil Murugan. Korang tengok betapa besarnya bunga yang dikalungkan keleher dia.. Kalau dulu bila Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dikalungkan dengan bunga macam gambar kat bawah ni.. Dia dikatakan sanggup mengikut budaya Hindu demi meraih undi..

Tapi sekarang Bunga yang dipakai oleh Najib tu tah berapa kali ganda besarnya dari bunga yang dikalungkan keleher Mohd Fauzi... Apa komen anda??? Apa pula komen mereka??


Gambar yang anda saksikan dibawah pula adalah replika najib yang lebih besar yang didirikan di dalam perkarangan kuil batu caves sempena sambutan 1 malaysia di kuil batu caves dan menyambut kedatangan najib pada hari ini ( ahad ) jam 4:00 petang.

Beberapa orang dari masyarakat India yang ditemui juga melahirkan rasa kecewa mereka apabila replika tersebut seakan membelakangkan dewa mereka...


Kalau dulu hampir kesemua media arus perdana bersama pimpinan umno/bn sibuk menghentam Replika DSAI yang didirikan berhampiran simpang empat jalan sungai tua batu caves


mereka dengan begitu lantang menyatakan para penyokong pkr memuja replika tersebut dan berbagai bagai lagi tohmahan..

Antara komen mereka...

Komen 1
Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, wang replika itu sepatutnya disalurkan kepada golongan rakyat miskin yang lebih memerlukannya di negara ini.

Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya Anwar serta penyokongnya melaksanakan projek-projek bermanfaat untuk rakyat.

''Dalam kegawatan ekonomi kini, saya menyeru wang dimanfaat sepenuh pada tempatnya dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Komen 2
Semalam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Bernama berkata, pembinaan replika gergasi gambar penasihat PKR itu di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewa-dewakan pemimpinnya.

Beliau berkata, adalah lebih baik wang bagi membina replika itu digunakan untuk membantu rakyat miskin.

Komen 3
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang melihat daripada perspektif Islam pula berkata, pembinaan replika gergasi gambar tersebut adalah tidak diizinkan di sisi agama.

Menurutnya, bagaimanapun tindakan itu merupakan usaha taksub yang mungkin dilakukan oleh penyokong parti tersebut yang bukan beragama Islam.

''Mereka tidak tahu hukum dalam undang-undang Islam. Jadi, saya berharap pemimpin Islam dalam PKR dapat menasihatkan penyokong mereka agar tidak membina replika sedemikian.

''Jika telah dibina, seelok-eloknya ditiadakan,'' katanya.

Komen 4
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, tindakan parti PKR mendewa-dewakan Anwar itu jelas bercanggah dengan budaya rakyat tempatan.

Katanya, budaya masyarakat di negara ini sepatutnya memberi penghormatan kepada pemimpin secara sederhana.

''Adakah apabila negeri tertentu ditawan pembangkang, kerajaan tempatan turut memberi kelonggaran dalam membenarkan poster gergasi yang tidak mematuhi piawaian dibina?'' soalnya.


Komen 5
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan rasional replika gergasi Anwar dibina sedangkan masih terdapat rakyat miskin yang lebih memerlukan bantuan.

Malah, katanya, terdapat lebih banyak tokoh negara yang lebih layak dipamerkan dalam replika raksasa seumpama itu seperti bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

''Hakikatnya replika gergasi gambar itu sebenarnya lebih sesuai untuk memperingati jasa tokoh atau pemimpin yang meninggal dunia,'' katanya.

Tambahnya, beliau tidak percaya Anwar tidak mengetahui mengenai pembuatan replika gergasi gambar beliau.

Apa pula komen mereka pula kali ini???
Korang jilat balik ludah korang tu.. ha.. ha..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails