Wednesday, August 5, 2009

Melayu lebih berani bersuara... Komen CEO Dewan Perhimpunan Cina..

Perhimpunan aman Mansuhkan ISA yang disertai kebanyakan orang Melayu, tetap mendapat pujian kerana lebih berani menyuarakan pendapat dengan cara yang aman, setelah segala saluran lain yang dicuba, tidak memberi kesan yang efektif.

"Bagi saya, merekalah Melayu yang lebih berani untuk menyuarakan pendapat secara terbuka, dan ini sesuatu yang cukup positif," demikianlah pujian yang diberikan oleh Tang Ah Chai (gambar kiri), CEO Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, kepada peserta perhimpunan pada 1 Ogos 2009.

"Berbeza dengan demonstrasi di negara seperti Korea dan sebagainya, yang ditonton melalui televisyen, ternyata perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, memperlihatkan tahap disiplin yang tinggi. Malah, seandainya tidak dibedil gas pemedih mata dan dipancut meriam air berasid, aktiviti peserta sebenarnya hanya terhad di jalan raya."


"Tiada senjata yang merbahaya, tiada kerosakan dilakukan. Membawa banner tu sesuatu yang biasa dalam amalan demokrasi," ulas Tang Ah Chai, yang turut serta dalam perhimpunan Mansuhkan ISA pada hari Sabtu yang lalu.

UMNO pelopor demonstrasi
Utusan Malaysia membidas peserta Melayu perhimpunan Mansuhkan ISA dengan beberapa tulisan yang terpapar di akhbar tersebut, bertajuk "Tidak sedarkah Melayu sedang dihina?", "Rosak bangsa, cemar agama", "Melayu jangan jadi bacul", "Jangan biarkan 'pagar' terus rakus memakan padi".


Ketika mengulas hujah yang dikemukakan dalam tulisan-tulisan tersebut, Tang Ah Chai mengingatkan bahawa ketika Penjajah British mengusulkan penubuhan Kesatuan Malaya (Malayan Union), yang mendorong penubuhan UMNO seterusnya, UMNO-lah yang mengadakan demonstrasi di setiap pelusuk negara.


"Gambar UMNO berdemonstrasi masih menjadi gambar utama dalam kebanyakan buku teks sejarah sekolah menengah. UMNO sebenarnya pelopor demonstrasi pada ketika itu. Tiada orang mempertikaikan tindak tanduk UMNO ketika itu, malah tiada orang yang mentafsir perhimpunan tersebut berbau keganasan, " kata Tang Ah Chai.


Perbezaan disebabkan "kedudukan"
Ketika komen tentang hujah bahawa perhimpunan yang didominasi orang Melayu ini "akan memburukkan lagi kadar polarisasi kepartian orang Melayu", Tang Ah Chai berkata perbezaan ini disebabkan "kedudukan yang berbeza dalam politik", iaitu UMNO sebagai pemerintah sementara PKR dan PAS sebagai pembangkang di peringkat pusat.


Beliau menjelaskan, PAS dan PKR sebagai parti yang inginkan perubahan, akan mengemukakan tuntutan, sementara UMNO yang berada dalam posisi berkuasa, sememangnya berkuasa menawarkan saluran untuk berunding. Pada hemat Tang, UMNO sebenarnya boleh mengadakan perundingan meja bulat, mengumpul pandangan, seandainya UMNO berniat meminda ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960).

Untuk PKR dan PAS, apabila UMNO menutup saluran untuk berunding dan mengutip pandangan, maka turun ke jalan raya adalah salah satu saluran yang wajar dipertimbangkan. Tang berkata, seandainya UMNO dan PAS/PKR saling menukar kedudukan (PAS/PKR menjadi pemerintah dan UMNO pembangkang), dan PAS/PKR menyalahgunakan ISA untuk menangkap pemimpin UMNO, kemungkinan juga UMNO akan turun ke jalan raya.


Melayu diperalatkan?
Komposisi perhimpunan yang memperlihatkan hampir semua peserta daripada orang Melayu-Muslim, dibaca sebagai "orang Melayu diperalat orang bukan Melayu". Tang mengaku bahawa "cara menyuarakan pendapat dalam politik" sememangnya berbeza di kalangan orang Cina dengan Melayu, namun menafikan bahawa orang bukan Melayu "memperalatkan Melayu" dalam hal ini.


Perlu kita akui bahawa keupayaan masyarakat Cina untuk memobilisasi, mengerah sokongan adalah lebih rendah, secara perbandingannya. Jadi, apabila kemampuan berorganisasi itu lemah, jalan singkat untuk mengatasi kelemahan ini adalah 'mengikut', menyahut apabila bersetuju dengan tuntutan yang dilaungkan."

"Orang Cina yang turut serta dalam perhimpunan Sabtu yang lalu, menyokong kandungan tuntutan tersebut (Mansuhkan ISA), dan bukannya parti politik tertentu," tambahnya.

Tang bersetuju bahawa masyarakat Cina agak konservatif ketika bertindak. "Surat-menyurat, hantar memorandum dan kemudiannya menunggu. Itulah yang dilakukan dahulu. Ini kerana politik selama ini didominasi MCA, yang mencadangkan agar perundingan dan permuafakatan dicapai dalam sistem yang sedia ada."

"Namun, keadaan kini berubah. Model politik lama ini kian ditolak. Hujah Pemuda MCA yang meminta agar peserta perhimpunan meminta maaf kepada warga Malaysia, sementara tindakan Pemuda Gerakan yang pergi ke Istana Negara sehari lebih awal, telah menjadi bahan lawak di kalangan orang Cina," kata Tang.

Aku Copy 100% dari : Merdeka Review

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails