Saturday, August 22, 2009

Mahfuz cabar Khairy keluar Umno esok !!


PERMATANG PASIR, 22 Ogos - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini disaran keluar dari Umno kerana kredibiliti beliau sebagai Ketua Pemuda langsung tidak diiktiraf oleh pimpinan Umno sendiri.

"Saya ingin mencadangkan kepada Khairy, beliau juga patut meninggalkan UMNO apabila tidak ditawarkan apa-apa jawatan menteri ataupun timbalan menteri biarpun beliau adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

"Sedangkan Naib Ketua Pemuda UMNO merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan," ujar Mahfuz dalam seidang media harian PAS sempena pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Saranan yang dibuat Mahfuz itu atas cabaran Khairy yang mendesak PAS menjawab 3 persoalan yang ditimbulkannya semalam. Mahfuz berkata bahawa Khairy tidak perlu menasihati PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana kononnya Allahyarham Datuk Hamdan tidak diberikan kedudukan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Tetapi beliau mempersoalkan semula kenapa Khairy tidak diberi sebarang jawatan walaupun dia Ketua sayap utama dalam parti itu dilantik menganggotai jemaah menteri.

Mahfuz yang juga Pengarah Jentera Induk PAS untuk pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir memberi tempoh sehingga lusa untuk Khairy keluar daripada UMNO bagi merealisasikan hujjahnya.

"Saya cabar Khairy umumkan bahawa dia telah keluar Umno selewat-lewatnya esok!," tambahnya mempersoalkan kemenangan Khairy yang menang jawatan Ketua pergerakan itu antara yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno berhubung kesalahan politik wang tetapi sekadar diberi amaran keras berbanding calon timbalan presiden, Mohd Ali Rustam.

Keciciran Khairy dari kabinet baru Najib Mac lalu mencipta sejarah tersendiri - dan mencetuskan kontroversi - kerana selama ini ketua pergerakan Pemuda umumnya dilantik menganggotai kabinet, yang terakhir ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Pelajaran.


Sumber : N11 DUN Permatang Pasir

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails