Friday, August 14, 2009

H1N1.. Kita dah teruk rupanya..

(Gambar atas - peta dunia yang telah dijangkiti H1N1 menurut Organisasi Kesihatan Sedunia - WHO)

PAS rasa cukup tidak puas hati dengan tindakan kerajaan menangani masalah selsema babi yang kini sudah menjadi satu jangkitan yang cukup merbahaya. PAS juga memberi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia, selsema babi (H1N1) kini sudah mencapai tahap yang cukup merbahaya.

“Hari ini (11 Ogos) enam orang mati dan (keseluruhannnya) di Malaysia sudah 41 kematian, kadar biasa dunia (dalam) 1000 kes (pengidap), seorang mati,”tapi di Malaysia (luar biasa) kes tak sampai 2000, sudah 41 orang mati,” kata Dr. Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis penerangan di Bukit Tunggal, dekat sini, semalam.Dengan kadar itu, katanya, ia adalah satu kadar kematian yang sangat tinggi dan sangat merbahaya, melebihi wabak demam denggi.

Beliau yang juga seorang doktor perubatan berkata, sehingga hari ini, belum lagi ditemui ubat yang mujarab yang benar-benar dapat membunuh virus tersebut, manakala vaksin untuk mencegah jangkitan virus selsema babi ini juga belum ditemui.Menurutnya, virus H1N1 adalah gabungan tiga jenis virus iaitu virus selsema burung, selsema manusia dan selsema babi. (Gambar kanan - Dr. Alias, marah...geram...dan tak puas hati... dengan cara kerajaan menangani H1N1)”

Ini selsema burung campur dengan selsema babi pada manusia, campur dengan flu pada babi, ia sudah bercampur dalam babi, bila menjangkit kepada manusia boleh menyebabkan kematian,”babi tempat prosesnya, tempat percampuran macam mangkuk memasak, (kini) berjangkit antara manusia dengan manusia, (dan) jadi bahaya sekarang ialah ia berjangkit bukan melalui makanan, tetapi melalui udara,”jelasnya.

Katanya, kanak-kanak dan mereka yang kurang imuniti adalah golongan yang berisiko menyebabkan kematian, namun tidak ada sebarang jaminan selamat, walaupun kepada orang-orang yang sihat.Jelasnya, kematian akibat serangan selsema babi ini adalah kerana serangan sesak nafas dan paru-paru berair.

Oleh yang demikian, beliau menasihatkan supaya mereka yang mengalami demam atau selsema biasa mendapat rawatan segera, kerana menurutnya ubat selsema babi yang ada masakini sudah tidak memberikan sebarang kesan, sekiranya seseorang itu telah diserang selama empat hari.

Sebahagian dari berita dari Buletin Online.

Dan menurut Malaysiakini pada 13 Ogos 2009, Tujuh lagi kematian telah berlaku kerana H1N1, menjadikan jumlah kematian kerana H1N1 di Malaysia 51 Orang...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails