Thursday, August 13, 2009

Boleh percaya ka undian kat KDN ni??

keputusan undian pada 08/08/2009
Keputusan pada 12/08/2009

Jumlah respons bagi soalan pertama dan keempat yang meningkat secara mendadak dan luar biasa mulai tengahari semalam menjadi bahan pertikaian dan tuduhan ia dimanipulasi.

Pada jam 12 tengah malam 08/08/2009, hanya 1,067 respons memilih ISA sebagai "undang-undang pencegahan" tetapi hari ini 12/08/09 telah meningkat hingga 14,423.

Jumlah respons pula meningkat mendadak dari 10,217 kepada 29,305 respons.



keputusan undian pada 08/08/2009


Keputusan undian pada 12/08/2009


keputusan undian pada 08/08/2009


Keputusan undian pada 12/08/2009


keputusan undian pada 08/08/2009


Keputusan undian pada 12/08/2009


Sementara itu, berlaku juga lonjakan sokongan luar biasa supaya ISA diteruskan sebanyak daripada 954 pada 08/08/2009 kepada 15,554 undi pada 12/08/09



keputusan undian pada 08/08/2009


keputusan undian pada 12/08/2009


Agak menghairankan kenapa berlaku peningkatan yang mendadak untuk soalan pertama dan ke empat saja..

Tapi...Kata Jamilah Taib "Tidak ada penyelewengan dan tidak ada tangan-tangan yangbersembunyi," kata Ketua Komunikasi Korporat KDN"

Jamilah, juga editor portal berita kementerian itu berkata, tidak menjadi polisi KDN untuk berbohong kepada pengunjung portal itu.

"Kami menyerahkan sepenuhnya keputusan undi (untuk) ditentukan secara jujur dan telus. Kepada pihak yang mempertikaikan, berfikirlah secara matang.

"Jangan kerana (apabila) pada satu-satu apabila graf undian menunjukkan keputusan seperti mana yang dikehendaki, anda memuji.

"Tetapi pada suatu ketika yang lain, apabila graf undian berubah corak maka lain pula kata anda," katanya.

Undian tersebut akan tamat pada jam 12 tengah malam ini, jelas Jamilah lagi.

Kenyataannya ini turut diterbitkan di ruangan 'Nota Dari Editorial iKDN' di laman itu hari ini.


Berita dari: Malaysiakini.
Image dari : website KDN.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails